Sunday 23 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir Airys Aleesya & Aleesya Raihana

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. 

Rasanya masih belum terlambat untuk Aida sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Macam mana sambutan raya tahun ni? Mesti meriah kan. Bagi Aida pula, rasanya so & so kot. Bukan sebab apa pun, kesihatan yang tidak memberangsangkan. Pada pertengahan puasa lepas, dengan secara tiba2nya Aida diserang asthma (yg tak pernah kena pun sblm ni), selsema & batuk yg agak teruk (sampai sekarang pun tak baik lagi). Sampai malam raya tu dah takde suara yg kedengaran. Tapi alhamdulillah pagi raya dah ok sket suara, jadi dapatlah Aida bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang.

Cerita dalam entry kali ni ialah Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir double Aleesya (Airys Aleesya & Aleesya Raihana) yang berlangsung di GBOB JB pada 2hb September 2012 yang lepas. Ni merupakan pengalaman kedua Aida dalam menjadi tuan rumah selepas majlis perasmian GBOB JB pada bln 3 aritu. 

Kat bawah ni Aida sertakan serba-sedikit gambar semasa majlis berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, mama kesayangan Aida yg tolong masak & mommies yg memberi sokongan serta membawa potluck seperti yang disarankan. Hanya ALLAH SWT yg dapat membalas jasa kalian semua. Aida memohon kemaafan yang tidak terkira sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yg baik datang daripada ALLAH SWT & yg buruk daripada Aida sendiri hendaknya. 
Antara genius students yang hadir
Balloon Balance Boogie games
Musical chair games
Spoon & Egg games
It's bubbles time
Parachute time
Happy Birthday darls
Hidangan yang tersedia
Cake for Airys Aleesya  & Aleesya Raihana
Birthday girls
Birthday girls again
Antara tetamu yang hadir
Blow the candles dear
4 siblings
Airys Aleesya's family
Aleesya Raihana's family
Aida harap anda semua terhibur dan turut merasai kemeriahan sambutan kedua-dua majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

Sunday 9 September 2012

Majlis Perasmian GBOB JB

Alhamdulillah, majlis perasmian di GBOB JB telah pun selamat berlangsung pada hari Ahad yang bertarikh 11 Mac 2012 lepas. Sambutan yang diterima menggalakkan, cuaca pada hari tu pun cerah cuma pada sebelah petang je hujan sekejap. 



Pada hari Ahad tu Aida ada kelas sebenarnya, lepas habis kelas terus siapkan tempat untuk dirasmikan. Diakui, kelam kabut la jugak sampai baju pun tak sempat nak salin, tp Aida suka sebab majlis berjalan seperti yang dirancang. =)



Tempat Perasmian


Kek Perasmian
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Teacher Watie & suami yang sudi hadir untuk merasmikan majlis pembukaan GBOB JB. 

Tidak lupa juga kepada para tetamu yang hadir memeriahkan majlis, kehadiran anda semua amatlah berharga kepada saya & GBOB JB.



Rasmilah sudah GBOB JB sbg cawangan kepada GBOB

Sesi penyampaian goodies bag dpd Teacher Watie utk kids yang hadir


Antara pendaftar pertama genius kids di GBOB JB
Para tetamu menjamu selera

Aida memohon maaf andai terdapat kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yang baik dtg dpd ALLAH SWT & yg buruk dpd Aida sendiri hendaknya.




Terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang diberikan. Jumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.