Sunday 23 December 2012

3 in 1

Alhamdulillah, akhirnya impian Aida untuk run 3 kelas yang berlainan level tercapai.

Kelas yang pertama iaitu level 2 : 6 - 12 bulan bermula pada jam 9 pagi.

Kelas yang kedua iaitu level 3 : 13 - 18 bulan bermula pada jam 10 pagi.

Kelas yang ketiga iaitu level 4 : 19 bulan - 4 tahun bermula pada jam 11 pagi.

Level 2
Level 3
Level 4
Semua kelas ni Aida buat pada hari yang sama iaitu hari Ahad. Alhamdulillah buat masa sekarang semuanya dipermudahkanNYA, walaupun kekadang sampai takde suara @ serak. Walau macam manapun, Aida rasa happy sangat dapat jalankan tanggungjawab yang diamanahkan ni....lagi2 bila Aida nampak perkembangan anak2 syurga GBOB JB Aida tu. Mudah2an sampai bila-bila nanti tugas Aida akan dipermudahkan ALLAH SWT. Aamiin yarabbal alaamiin.

Saturday 13 October 2012

Serlahkan Kebolehan Anak

Sebelum Aida cerita tentang tajuk entry kali ni, Aida nak copy-paste dulu status Teacher Watie http://www.facebook.com/watieaziz dari GBOB HQ http://www.facebook.com/geniusbabyonboard.


Perkongsian saya dgn Fans GBOB yg dihormati di hari Rabu ini:

Setiap anak mempunyai kecenderungan yg berbeza antara satu sama lain. Anak yg sulung mungkin suka menulis dan membaca, yang tengah lebih suka bermain robot dan game di komputer dan yang ketiga mungkin suka sekali bersukan.

Lihatlah kecenderungan setiap anak kerana keperluan mereka berbeza dan cuba maksimumkan potensi mereka dalam bidang yg mereka suka sedari kecil. Saya tidak mengatakan yg akedemik itu tidak penting, ia memang penting tetapi sejarah telah berkali-kali membuktikan yg nama-nama besar dan berjaya di dunia bukan semuanya pintar dalam akedemik.

Janganlah kita melakukan KESILAPAN BESAR dengan meletakkan benchmark pd diri anak2 iaitu straight A's itu bijak, pintar & hidup mereka akan senang lenang dgn markah yg baik kerana kehidupan di dunia luar yg sebenar adalah jauh lebih penting dr huruf 'A' itu. Dalam mendidik dan membesarkan anak, kadang-kadang kita sering melihat 'apa yg KITA inginkan' & bukan 'apa yang ANAK mahukan.'

Ibu bapa yg bijak bestari, mari kita fikirkan sejenak. Jika anak suka bersukan, pupuk minatnya dr kecil, seawal yg mungkin. Sebagai cth: Bolasepak, Golf, Renang @ Badminton. Daftarkan mereka ke kelas2 intensif mengikut minat anak & gilap potensi mereka sehabis baik. Bg sokongan,galakan dan korbankan wang ringgit serta tenaga anda utk memastikan anak anda menjadi yg terulung dlm sukan tersebut. Jika anda bermula sejak umur mereka 4 tahun, saya yakin pd usianya 21 tahun, anak anda boleh bergelar JUARA DUNIA. Perlukah saya beritahu berapa banyak WANG yg ada di bank anak anda ketika ini?. :) Dan tidak perlu juga saya beritahu apa yg boleh anda lakukan dgn WANG yg tersebut. Anda lebih bijak rasanya. Berkhidmat ke jalan Allah SWT, duit banyak, pahala lagi banyak....:D. Ini baru satu contoh..byk lagi contoh2 yg lain..

Orang yg bijak, berjaya & kaya melihat apa yang orang biasa tidak nampak. Ubah minda kita, fikir di luar kotak..yakinlah yang 'berlian yg belum dicanai' itu berada di rumah anda sekarang!!

-Teacher Watie-
Tak sangka rupanya Aireen ada bakat terpendam yang Aida tak tahu. Baru-baru ni biras Aida ada bawak Aireen masuk pertandingan pakaian beragam, saje-saje nak cuba nasib katanya. Tahu apa yang mengejutkan Aida masa diorang sampai kat rumah? Aireen menang tempat ke2 dalam pertandingan tu! Bukanlah bermakna Aida nak gilap bakat Aireen sampai jadi model terkenal tapi Aida dah tahu ni salah satu kebolehan yang ada dalam dirinya. 

Setiap anak itu ada bakat & kebolehannya yang tertentu. Oleh itu, cuba fokus kepada kehebatan diri bagi menggilap serta mengeluarkan bakat dan kebolehan mereka pada tahap sebenar. Apabila anak-anak mula berjaya dalam sesuatu bidang, secara tidak langsung ia membantu keyakinan diri serta meningkatkan estim diri mereka. Anak-anak yang mempunyai estim diri yang tinggi lazimnya umpama benih hidup yang mampu berjaya walau di mana juga mereka berada.


Walau apa sekalipun pencapaian anak kita, terimalah mereka seadanya. Usah sama sekali membezakan ataupun membanding-bandingkan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu bagi nasihat, menyatakan harapan, mendorong dan bercakap secara positif dengan mereka. Usah kecewa jika anak-anak kita kurang cemerlang dalam pelajaran @ peperiksaan kerana itu bukanlah penghujung kepada kehidupan mereka. Ia hanyalah penyebab bagi membuka pelbagai peluang baru yang tidak pernah terfikir oleh kita bagi mereka sebelum ini. (credit to Tengku Asmadi)

Kat bawah ni Aida sertakan beberapa gambar untuk tatapan anda semua. Have a nice day! =)


Menari tarian zapin (saje joined walaupun tak pernah langsung belajar tarian ni)
Bersama tanglung yang diterima
Menunggu giliran
Majlis penyampaian hadiah
Tahniah sayang! Mommy bangga ngan kakak
Tempat kedua, Alhamdulillah!
Hadiah yang dibeli untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan  (semua ni pilihan Aireen sendiri)

Wednesday 10 October 2012

Genius Aireen Ariana : 7 Doa Harian Yang Dihafal & Diamalkan

Dalam kita mengejar ilmu duniawi, janganlah kita lupa untuk mengajar & mendidik anak-anak syurga kita tentang ilmu akhirat juga. Untuk entry kali ni Aida nak cerita tentang Aireen dengan 7 doa harian yang dihafal & diamalkan. Walaupun semua doa-doa ni pendek, tapi Aida cukup rasa gembira & bangga kat Aireen sebab mampu hafal doa-doa ni. Terus-terang Aida cakap kat sini (shhh, dediam taw jgn gitahu sesape), doa masuk & keluar tandas yang akan anda semua dengar kat video bawah ni nanti, Aireen belajar kat sekolah dia. Masa memula Aida dengar dia baca doa tu, ya ALLAH malunya rasa. Anak syurga yang baru berusia 5 tahun tahu baca doa masuk & keluar tandas, sedangkan Aida yang dah berusia 28 tahun ni??? Hampeh!!!

Sejak dari hari tu, Aida pun pergi lah google doa-doa yang sepatutnya kami hafal bersama. Tetiba Aida terjumpa 1 buku yang best. Dah la sooftbook, isinya mampat dan padat sebab dalamnya terdapat doa-doa harian yang patut dihafal & diamalkan walaupun bukunya tak setebal mana. Harganya pun sangat-sangat berpatutan, baru RM 45 termasuk kos penghantaran.

Halaman luaran - My Today's Prayer
Halaman dalaman - antara doa yang terkandung : doa bangun tidur & doa makan
Berbalik pada cerita yang nak disampaikan tadi, berikut adalah 7 doa yang dihafal oleh Aireen :

1. Doa Masuk Tandas

2. Doa Keluar Tandas
3. Doa Ibu Bapa
4. Doa Belajar
5. Doa Makan
6. Doa Tidur
7. Doa Bangun Tidur


Untuk pengetahuan semua, Aida akan pastikan Aireen baca doa-doa yang telah dihafal ni mengikut keadaan. Contohnya : sebelum masuk tandas, Aida suruh Aireen baca doa masuk tandas dulu, bila da keluar pulak, baca doa keluar tandas, dan begitulah seterusnya bergantung pada doa-doa yang dihafal. Paling best & Aida suka masa nak tidur...Aida, Aireen & Aleesya akan sama-sama baca doa tidur, doa ibu-bapa, mengucap 2 kalimat syahadah & selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sama-sama. Lepas habis baca doa, kami akan mengucapkan selamat malam & memberi kucupan mesra ke pipi masing-masing. Aida rasa tu lah 'bonding time' yang paling berharga & bermakna untuk kami bertiga.

Aida bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana mengurniakan Aida harta yang tidak ternilai ni, Alhamdulillah! Jom tengok video kat bawah ni ye kengkawan. Amalkan juga bersama anak-anak syurga anda ye! Peluk cium dari Aida untuk mereka. =*


 Anak2 solehah saya, insya'ALLAH

Sunday 23 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir Airys Aleesya & Aleesya Raihana

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. 

Rasanya masih belum terlambat untuk Aida sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Macam mana sambutan raya tahun ni? Mesti meriah kan. Bagi Aida pula, rasanya so & so kot. Bukan sebab apa pun, kesihatan yang tidak memberangsangkan. Pada pertengahan puasa lepas, dengan secara tiba2nya Aida diserang asthma (yg tak pernah kena pun sblm ni), selsema & batuk yg agak teruk (sampai sekarang pun tak baik lagi). Sampai malam raya tu dah takde suara yg kedengaran. Tapi alhamdulillah pagi raya dah ok sket suara, jadi dapatlah Aida bermaaf-maafan bersama keluarga tersayang.

Cerita dalam entry kali ni ialah Majlis Sambutan Hari Raya Serta Majlis Hari Lahir double Aleesya (Airys Aleesya & Aleesya Raihana) yang berlangsung di GBOB JB pada 2hb September 2012 yang lepas. Ni merupakan pengalaman kedua Aida dalam menjadi tuan rumah selepas majlis perasmian GBOB JB pada bln 3 aritu. 

Kat bawah ni Aida sertakan serba-sedikit gambar semasa majlis berlangsung. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu yg hadir, mama kesayangan Aida yg tolong masak & mommies yg memberi sokongan serta membawa potluck seperti yang disarankan. Hanya ALLAH SWT yg dapat membalas jasa kalian semua. Aida memohon kemaafan yang tidak terkira sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yg baik datang daripada ALLAH SWT & yg buruk daripada Aida sendiri hendaknya. 
Antara genius students yang hadir
Balloon Balance Boogie games
Musical chair games
Spoon & Egg games
It's bubbles time
Parachute time
Happy Birthday darls
Hidangan yang tersedia
Cake for Airys Aleesya  & Aleesya Raihana
Birthday girls
Birthday girls again
Antara tetamu yang hadir
Blow the candles dear
4 siblings
Airys Aleesya's family
Aleesya Raihana's family
Aida harap anda semua terhibur dan turut merasai kemeriahan sambutan kedua-dua majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

Sunday 9 September 2012

Majlis Perasmian GBOB JB

Alhamdulillah, majlis perasmian di GBOB JB telah pun selamat berlangsung pada hari Ahad yang bertarikh 11 Mac 2012 lepas. Sambutan yang diterima menggalakkan, cuaca pada hari tu pun cerah cuma pada sebelah petang je hujan sekejap. 



Pada hari Ahad tu Aida ada kelas sebenarnya, lepas habis kelas terus siapkan tempat untuk dirasmikan. Diakui, kelam kabut la jugak sampai baju pun tak sempat nak salin, tp Aida suka sebab majlis berjalan seperti yang dirancang. =)



Tempat Perasmian


Kek Perasmian
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Teacher Watie & suami yang sudi hadir untuk merasmikan majlis pembukaan GBOB JB. 

Tidak lupa juga kepada para tetamu yang hadir memeriahkan majlis, kehadiran anda semua amatlah berharga kepada saya & GBOB JB.



Rasmilah sudah GBOB JB sbg cawangan kepada GBOB

Sesi penyampaian goodies bag dpd Teacher Watie utk kids yang hadir


Antara pendaftar pertama genius kids di GBOB JB
Para tetamu menjamu selera

Aida memohon maaf andai terdapat kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Sesungguhnya yang baik dtg dpd ALLAH SWT & yg buruk dpd Aida sendiri hendaknya.




Terima kasih sekali lagi di atas sokongan yang diberikan. Jumpa lagi di entry seterusnya, insya'ALLAH.

Wednesday 15 February 2012

Dunia Baruku

Genius Kids Resource yang kini dikenali sebagai GBOB JB secara rasminya telah pun menjadi 'licensee' kepada Genius Baby On Board. Setelah kata sepakat dicapai bersama Teacher Watie, Aida & suami mula men'sibukkan' diri dengan mencari tempat & menghias ofis baru kami. Yup, tempat di mana semua Genius Kids dari JB akan berkumpul untuk belajar & bermain bersama! Banyak masa, modal & pengorbanan yang diperlukan untuk memastikan suasana di sini terrrrrrsangatla selesa. 

Kat bwh ni antara gambar yang sempat Aida kongsikan bersama semua. C u next tym, insyaALLAH. =)

Pintu masuk. Selamat datang Genius Kids!
Tangga-tangga kejayaan. Insya'ALLAH.

Tempat untuk belajar & bermain bersama.
Tempat mengasah 'creativity' anak anda. -Art Room-
Kemudahan yang disediakan. 
Pintu masuk ke ofis Aida & ruangan menunggu.
Ruangan menunggu para daddy, siblings dll.

Wednesday 8 February 2012

My Story & Me

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Erm, 1st time wat blog........tak taw nak tulis pe. Saya rasa sebelum saya mula dengan post2 lain, saya citer serba sket tentang diri saya ok. Cukupla semua mengenali saya dengan nama Aida. Aida lahir pada tahun 80an, dah berkahwin & mempunyai 2 orang puteri yang comel & juga bijak ~ alhamdulillah. Aida kahwin pada 2006. 1st doter was born on 2007 & 2nd doter on 2009.

My Luvly Doters - Airys Aleesya & Aireen Ariana
Dulu Aida keje sebagai Logistic Executive. Aida terima jawatan ni pun sebab gajinye yang boleh tahan besar. Kejenya tak pernah habis, kekadang sampai terbawak lik umah (sama ada secara sedar @ tak ~ jawab call la selalunye). Waktu keje dari 8pg - 530ptg, Isnin - Jumaat. Sabtu lak 8pg - 12tghr. Tp tak selalu dapat balik on time pun, mesti kena OT. Actually, x la lama sangat Aida keje ngan company tu. Dari tahun 2006, sampai la end of last year (2011). Dari jawatan kerani biasa je, sampaila naik  Logistic Executive. Banyak gak tambah ilmu & pengalaman masa keje kat sana. 

Bila Aida keje kat sana dulu, waktu Aida dengan Aireen sangatla berkurangan. Kesian dia dulu. Banyak yang dia tahu & belajar, sumenya dari sekolah (nasib baik la masa umo dia 3 tahun dia da mintak antar g sekolah). So bermula la 1 kisah baru dalam hidup Aida apabila Aida terjumpa FB Genius Baby On Board (GBOB). Aida berasa sangat2 kagum dengan Qarissa yang mula membaca pada usia mencecah 12 bulan. Pantang de masa terluang sket, mesti jengah FB GBOB. Aida cukup jealous sebab x dpt nk tengok perkembangan anak2 dari hari ke hari.

Entah macam mana 1 hari Aida terfikir nak berhenti, duduk rumah jaga anak2. Nanti boleh main & ajar anak2. Tapi terus terang cakap, Aida tak tahu macam mana nak bermain dengan anak2. Aida cuba berbincang & minta izin dpd husband untuk menceburi bidang Early Childhood Education (ECE). Alhamdulillah husband Aida izinkan, beliau sangat memberi sokongan pada Aida. Pd 1 hari yg Aida x ingat bila, Aida cuba call Teacher Watie - pengasas GBOB. Macam2 Aida tanya, beliau memang sporting sebab layan & jawab semua pertanyaan Aida walaupun tym tuh kitorang masih belum mengenali antara 1 sama lain. Tetiba Aida terpikir untuk jadi licensee GBOB, buka branch kat JB (padahal tym tuh Aida masih bekerja lagi, baru plan nk benti, tp sukati jew tanya benda yg x cnfm g kn)

Alhamdulillah, niat murni Aida diizinkan oleh ALLAH SWT. Dengan pertolonganNYA, semua berjalan dengan lancar. Baik dari faktor kewangan, kesihatan (walaupun kekadang de batuk sket) & yang seumpama dengannya (x taw nak cakap pe g). Aida turun Puchong hampir setiap minggu selama hampir 2 bulan untuk saja tengok2, training, wat kelas & join seminar. Sume tu pengalaman yang x mungkin Aida lupakan coz byk ilmu yg Aida dapat sama ada secara Aida sedar @ tidak. Tq soooooooo much Teacher Watie! Semoga diri anda & keluarga diberkati juga diberikan kesihatan yang baik untuk menurunkan segala ilmu yang ada, aamiin yarabbal alaamiin...