Saturday 13 October 2012

Serlahkan Kebolehan Anak

Sebelum Aida cerita tentang tajuk entry kali ni, Aida nak copy-paste dulu status Teacher Watie http://www.facebook.com/watieaziz dari GBOB HQ http://www.facebook.com/geniusbabyonboard.


Perkongsian saya dgn Fans GBOB yg dihormati di hari Rabu ini:

Setiap anak mempunyai kecenderungan yg berbeza antara satu sama lain. Anak yg sulung mungkin suka menulis dan membaca, yang tengah lebih suka bermain robot dan game di komputer dan yang ketiga mungkin suka sekali bersukan.

Lihatlah kecenderungan setiap anak kerana keperluan mereka berbeza dan cuba maksimumkan potensi mereka dalam bidang yg mereka suka sedari kecil. Saya tidak mengatakan yg akedemik itu tidak penting, ia memang penting tetapi sejarah telah berkali-kali membuktikan yg nama-nama besar dan berjaya di dunia bukan semuanya pintar dalam akedemik.

Janganlah kita melakukan KESILAPAN BESAR dengan meletakkan benchmark pd diri anak2 iaitu straight A's itu bijak, pintar & hidup mereka akan senang lenang dgn markah yg baik kerana kehidupan di dunia luar yg sebenar adalah jauh lebih penting dr huruf 'A' itu. Dalam mendidik dan membesarkan anak, kadang-kadang kita sering melihat 'apa yg KITA inginkan' & bukan 'apa yang ANAK mahukan.'

Ibu bapa yg bijak bestari, mari kita fikirkan sejenak. Jika anak suka bersukan, pupuk minatnya dr kecil, seawal yg mungkin. Sebagai cth: Bolasepak, Golf, Renang @ Badminton. Daftarkan mereka ke kelas2 intensif mengikut minat anak & gilap potensi mereka sehabis baik. Bg sokongan,galakan dan korbankan wang ringgit serta tenaga anda utk memastikan anak anda menjadi yg terulung dlm sukan tersebut. Jika anda bermula sejak umur mereka 4 tahun, saya yakin pd usianya 21 tahun, anak anda boleh bergelar JUARA DUNIA. Perlukah saya beritahu berapa banyak WANG yg ada di bank anak anda ketika ini?. :) Dan tidak perlu juga saya beritahu apa yg boleh anda lakukan dgn WANG yg tersebut. Anda lebih bijak rasanya. Berkhidmat ke jalan Allah SWT, duit banyak, pahala lagi banyak....:D. Ini baru satu contoh..byk lagi contoh2 yg lain..

Orang yg bijak, berjaya & kaya melihat apa yang orang biasa tidak nampak. Ubah minda kita, fikir di luar kotak..yakinlah yang 'berlian yg belum dicanai' itu berada di rumah anda sekarang!!

-Teacher Watie-
Tak sangka rupanya Aireen ada bakat terpendam yang Aida tak tahu. Baru-baru ni biras Aida ada bawak Aireen masuk pertandingan pakaian beragam, saje-saje nak cuba nasib katanya. Tahu apa yang mengejutkan Aida masa diorang sampai kat rumah? Aireen menang tempat ke2 dalam pertandingan tu! Bukanlah bermakna Aida nak gilap bakat Aireen sampai jadi model terkenal tapi Aida dah tahu ni salah satu kebolehan yang ada dalam dirinya. 

Setiap anak itu ada bakat & kebolehannya yang tertentu. Oleh itu, cuba fokus kepada kehebatan diri bagi menggilap serta mengeluarkan bakat dan kebolehan mereka pada tahap sebenar. Apabila anak-anak mula berjaya dalam sesuatu bidang, secara tidak langsung ia membantu keyakinan diri serta meningkatkan estim diri mereka. Anak-anak yang mempunyai estim diri yang tinggi lazimnya umpama benih hidup yang mampu berjaya walau di mana juga mereka berada.


Walau apa sekalipun pencapaian anak kita, terimalah mereka seadanya. Usah sama sekali membezakan ataupun membanding-bandingkan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu bagi nasihat, menyatakan harapan, mendorong dan bercakap secara positif dengan mereka. Usah kecewa jika anak-anak kita kurang cemerlang dalam pelajaran @ peperiksaan kerana itu bukanlah penghujung kepada kehidupan mereka. Ia hanyalah penyebab bagi membuka pelbagai peluang baru yang tidak pernah terfikir oleh kita bagi mereka sebelum ini. (credit to Tengku Asmadi)

Kat bawah ni Aida sertakan beberapa gambar untuk tatapan anda semua. Have a nice day! =)


Menari tarian zapin (saje joined walaupun tak pernah langsung belajar tarian ni)
Bersama tanglung yang diterima
Menunggu giliran
Majlis penyampaian hadiah
Tahniah sayang! Mommy bangga ngan kakak
Tempat kedua, Alhamdulillah!
Hadiah yang dibeli untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan  (semua ni pilihan Aireen sendiri)

2 comments: