Wednesday 10 October 2012

Genius Aireen Ariana : 7 Doa Harian Yang Dihafal & Diamalkan

Dalam kita mengejar ilmu duniawi, janganlah kita lupa untuk mengajar & mendidik anak-anak syurga kita tentang ilmu akhirat juga. Untuk entry kali ni Aida nak cerita tentang Aireen dengan 7 doa harian yang dihafal & diamalkan. Walaupun semua doa-doa ni pendek, tapi Aida cukup rasa gembira & bangga kat Aireen sebab mampu hafal doa-doa ni. Terus-terang Aida cakap kat sini (shhh, dediam taw jgn gitahu sesape), doa masuk & keluar tandas yang akan anda semua dengar kat video bawah ni nanti, Aireen belajar kat sekolah dia. Masa memula Aida dengar dia baca doa tu, ya ALLAH malunya rasa. Anak syurga yang baru berusia 5 tahun tahu baca doa masuk & keluar tandas, sedangkan Aida yang dah berusia 28 tahun ni??? Hampeh!!!

Sejak dari hari tu, Aida pun pergi lah google doa-doa yang sepatutnya kami hafal bersama. Tetiba Aida terjumpa 1 buku yang best. Dah la sooftbook, isinya mampat dan padat sebab dalamnya terdapat doa-doa harian yang patut dihafal & diamalkan walaupun bukunya tak setebal mana. Harganya pun sangat-sangat berpatutan, baru RM 45 termasuk kos penghantaran.

Halaman luaran - My Today's Prayer
Halaman dalaman - antara doa yang terkandung : doa bangun tidur & doa makan
Berbalik pada cerita yang nak disampaikan tadi, berikut adalah 7 doa yang dihafal oleh Aireen :

1. Doa Masuk Tandas

2. Doa Keluar Tandas
3. Doa Ibu Bapa
4. Doa Belajar
5. Doa Makan
6. Doa Tidur
7. Doa Bangun Tidur


Untuk pengetahuan semua, Aida akan pastikan Aireen baca doa-doa yang telah dihafal ni mengikut keadaan. Contohnya : sebelum masuk tandas, Aida suruh Aireen baca doa masuk tandas dulu, bila da keluar pulak, baca doa keluar tandas, dan begitulah seterusnya bergantung pada doa-doa yang dihafal. Paling best & Aida suka masa nak tidur...Aida, Aireen & Aleesya akan sama-sama baca doa tidur, doa ibu-bapa, mengucap 2 kalimat syahadah & selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sama-sama. Lepas habis baca doa, kami akan mengucapkan selamat malam & memberi kucupan mesra ke pipi masing-masing. Aida rasa tu lah 'bonding time' yang paling berharga & bermakna untuk kami bertiga.

Aida bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana mengurniakan Aida harta yang tidak ternilai ni, Alhamdulillah! Jom tengok video kat bawah ni ye kengkawan. Amalkan juga bersama anak-anak syurga anda ye! Peluk cium dari Aida untuk mereka. =*


 Anak2 solehah saya, insya'ALLAH

No comments:

Post a Comment