Thursday 30 January 2014

Betulkan diri sendiri dulu

Salam Khamis.

Aida tertarik dengan 3 pendekatan yang Dr Muhaya berikan untuk kita lonjakkan potensi diri. Walaupun pendekatan yg dikatakan beliau berkaitan dengan kerjaya, tapi ia juga boleh diaplikasikan dalam membesarkan anak-anak tersayang.


Jom baca pendekatan & huraian mengikut pandangan Aida.




1. Kita kena ubah diri kita sebelum ubah orang di sekeliling kita.

Ya, kita kena ubah diri kita pada mulanya.

-Jika kita mahu seorang anak yang pelembut & tidak marah-marah maka kita haruslah jadi begitu dulu.
-Jika kita mahu anak kita menghormati masa ketika kita sedang bekerja, maka kita haruslah menghormati masa yang WAJIB kita luangkan untuk mereka.
-Jika kita mahu anak faham bahawa pentingnya gadjet (handphone, tab, laptop) untuk kita bekerja @ berkomunikasi, maka kita juga haruslah faham betapa bermaknanya permainan untuk mereka. Dah itu memang fitrah kanak-kanak, suka bermain. Ingat tak entry Aida sebelum ni, "anak bermain untuk belajar". Kalau pernah tengok iklan Milo, mesti perasan tagline "hak bermain hak kami" yg dikatakan oleh seorang kanak-kanak perempuan. Tapi permainan / aktiviti apa yg sesuai untuk anak-anak kita? Bukan PSP, video-game atau Ipad ye mommy semua!

Aktiviti @ permainan untuk anak-anak berusia 6 bulan - 4 tahun.
Haaaa, ni jawapannya : Mestilah permainan dan aktiviti yang penuh dengan stimulasi dan faedah. Yang boleh meningkatkan kemahiran mereka. Contohnyaaaaa......dah tentulah seperti yg terdapat di Playgroup @ Genius Baby On Board (untuk anak-anak yg berusia 6 bulan - 4 tahun). Untuk anak-anak yang berusia lebih dari 4 tahun pula, mommy boleh la belikan layang-layang ke, congkak ke, kasut roda ke atau bawa mereka mandi-manda. Beriadah bersama mereka, bermain bersama-sama. Jika tidak apat buat hari-hari, memadailah dengan seminggu sekali. Menang ada dari tiada. Mula-mula memang akan rasa susah & kekok. Tapi, kan alah bisa tegal biasa.

Contoh permainan anak 4 tahun ke atas - main getah.
Yang ni pulak main "nenek kebayan", siap ada nyanyian lagi.
2. Tenaga kita pengaruhi orang lain, oleh itu kita kena ubah minda kita ke arah positif.

Macam mana nak ubah minda? Ok, ni sebagai contoh :


Jika kita merasakan bahawa yuran yang perlu dibayar untuk sesuatu kelas sebagai beban, ubah minda kita dengan berkata "Jika sekarang aku keluarkan duit ini untuk kegembiraan anak aku..........."

a. mana tahu ia akan digantikan berlipat kali ganda dengan rezeki yg lain pula.
b. mana tahu bila dah besar nanti dia boleh menjaga aku dengan sebaik-baiknya.
c. mana tahu bila dah besar nanti dia boleh bawa aku menunaikan haji.

Semua kata-kata di atas hanyalah sebagai contoh sahaja. Tapi nampak kan, semuanya ayat positif. Sedangkan dalam Islam pun ada cakap, kata-kata itu merupakan 1 doa. Jika kita asyik rasa terbeban & kata tak cukup je untuk hantar anak kita ke mana-mana kelas playgroup @ tuisyen, maka itulah yg akan terjadi. Apa sangatlah jumlah RM200 yg kita belanjakan setiap bulan jika nak dibandingkan dengan keseronokan & impak yg akan anak-anak kita dapat.

3. Jangan mudah buang orang. Apa yang dibuat, lupakan dan beri peluang.

Bab ni Aida tak nak pandang serious, takkan la kita sanggup nak buang anak-anak kita yg buat salah kan.


Jadi, kesimpulannya.......marilah kita sama-sama berubah! Berubah ke arah yg lebih baik, insya'ALLAH. Ini kalilah! Heheeee... ;)

Sekadar renungan bersama, juga peringatan untuk diri Aida sendiri. :)

#gambar & kata-kata huraian hanyalah sebagai CONTOH semata-mata#

Wednesday 29 January 2014

Mendorong anak mengikut gaya Nabi Muhammad SAW

Pada 26 Disember yang lepas, Aida telah mengikuti bengkel mendorong anak mengikut gaya Nabi Muhammad SAW. Banyak juga ilmu yg Aida dapat semalam. Dan makin banyak jugalah rasa bersalah ni dalam hati. Tak berapa betul sangat rupanya selama ni didik anak2 syurga Aida tu. Kena banyak tukar skrip lepas ni untuk mereka, termasuklah untuk suami Aida yg banyak membantu kerja2 rumah bila Aida pergi kerja. Maklumlah suami Aida berniaga pada sebelah malam sahaja, so pada sebelah siang tu dia free. Mesti lepas kena puji lagi semangat dia nak tolong Aida buat kerja2 rumah, huhuuu... ;)

Sedikit perkongsian sepanjang menyertai bengkel.


Antara teknik2 yg patut diamalkan :

# Teknik Memberi Ganjaran
# Teknik Memberi Solusi
# Teknik Mencipta Hukuman

TEKNIK MEMBERI GANJARAN


# Ganjaran Sosial

- ganjaran ini tidak memerlukan modal untuk melaksanakannya
- boleh dibuat bila2 masa dan bersifat spontan
- ganjaran sosial positif : doa, pujian, senyuman, pelukan, belaian, memek muka, tanda bagus, eye contact
- ganjaran sosial negatif : marah, pukul, hukum, kritik, sindir, bandingan, ugutan, nasihat
- nasihat akan menjadi ganjaran sosial positif hanya apabila diminta dan dengan keizinan
- nasihat tidak akan memberi kesan sekiranya diberikan kepada orang yg tidak memerlukan

# Ganjaran Material

- memerlukan modal dan lebih bersifat fizikal
- memberi kepuasan dalam masa yg pendek
- contoh : upah, gaji, hadiah

Prinsip dan teknik bagaimana Rasulullah SAW memberi ganjaran :

- diberi apabila kerja dibuat dengan betul
- kerja yg dibuat dgn teknik yg salah tidak diberi ganjaran
- apabila kerja itu dilakukan secara terbuka, maka ganjaran pun harus diberi dengan cara yg terbuka
(apabila anak2 melakukan kebaikan di depan semua orang, maka ibu bapa harus memberi ganjaran di depan semua orang pada masa itu juga)
- orang yg melakukan kerja dengan teknik yg salah tidak dikritik

Format Pujian Gaya Nabi SAW

- cari 1 kebaikan & puji
- mulakan dengan "saya kagum...", "mommy terharu...", "daddy bangga...", "Allah & Rasulullah SAW suka..."
- puji hasil kerja, usaha, teknik, BUKAN puji orangnya
- sertakan impak dalam ayat pujian
- contoh : "Mommy bangga kakak dapat siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Ini menunjukkan kakak seorang yang amanah. Allah sayang orang yg amanah."

TEKNIK MEMBERI SOLUSI


- apabila melakukan kesalahan, fokus kepada penyelesaian

- tidak menyiasat kesalahan
- tidak menyampuk ketika anak bercakap / bercerita
- tidak menghukum orang yg melakukan kesalahan (yg Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia)
- tidak bertanya "kenapa", "mengapa" kerana mengandungi unsur menyiasat yg lebih kepada menvari kesalahan
- contoh 1 : situasi anak perempuan membuka seluar
"seorang anak yang baik tidak menunjukkan auratnya pada orang lain"
- contoh 2 : situasi anak menonton TV pada waktu naghrib
"apabila sudah masuk waktu maghrib, kita pwelu menunaikan solat secara berjemaah, kita tidak boleh menonton TV pada waktu ini"

# kaunseling cara Islam tidak mengajar kita untuk mencari kesalahan, sebaliknya mencari penyelesaian


TEKNIK MENCIPTA HUKUMAN


- apabila kesalahan yg dilakukan memang ada hukuman, boleh guna teknik mencipta hukuman

- ada 3 hukuman pilihan : 


  • hukuman paling berat
  • hukuman sederhana
  • hukuman ringan
BONUS : HOTS (High Order Thinking Skills)

- meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan buku cerita bergambar tanpa perkataan
- kekuatan menggunakan buku cerita bergambar 
  • kekuatan bahasa, iaitu merangsang perkembangan lisan kanak-kanak
  • kekuatan imaginasi iaitu melalui rekaan cerita
  • kekuatan skil pemahaman kanak-kanak
  • kekuatan skil membaca
  • kekuatan kreativiti
  • kekuatan visual dan visual literasi iaitu dapat mentafsir dan memberi makna kepada maklumat dalam imej
Kudapan & bahan yang dibekalkan.
"Nasib baik mommy Linda bagi mommy saya pinjam carrier ni". :)
 Suka Almikhail ada orang layan.
Selesai sudah bengkel ni. Kemas2 untuk balik.
~Kami~

Monday 27 January 2014

Anak-anak bermain untuk belajar

Bermain untuk belajar. Inilah konsep yang kami terapkan di "Playgroup @ Genius Baby On Board". 

Bermain sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah cara mereka belajar. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Perbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak ketika mereka bermain seperti mereka belajar menyelesaikan masalah, belajar bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Bermain membantu kanak-kanak berkembang. Terdapat beberapa kemahiran yang anak-anak akan dapat ketika mereka bermain, tak kira secara solo mahupun berkumpulan. Tetapi bukanlah permainan yang berkaitan dengan media elektik & elektronik ye mommy semua.

Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus & kasar apabila kanak-kanak belajar untuk mencubit, mencapai, menggenggam, merangkak, berlari, memanjat, melompat dan lain-lain.

Konsep kognitif ~ Kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah melalui bermain. Mereka juga belajar tentang warna, nombor, saiz dan bentuk. Mereka mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kemahiran memori dan fokus mereka. Kanak-kanak akan mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi jika mereka bermain dalam persekitaran yang lebih merangsangkan.

Kemahiran bahasa ~ Kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa dengan baik apabila mereka bermain dalam berkumpulan dan berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran sosial ~ Dengan bermain juga, kanak-kanak belajar pelbagai kemahiran penting seperti bekerjasama, berunding, mengikut giliran dan peraturan. Kemahiran ini penting untuk mereka hidup dalam masyarakat apabila dewasa kelak.


Semua kemahiran di atas akan anak-anak anda dapat ketika menyertai playgroup di GBOB JB. Mereka akan cuba menyelesaikan masalah yang diberikan, mengikut peraturan, meningkatkan kemahiran memori dan pelbagai lagi kemahiran yang lain.


Antara kesan yang akan anak-anak dapat ketika mereka bermain :


1. Apabila anak-anak seronok mereka akan mencuba berkali-kali.

Pelajar GBOB JB diminta memasukkan tangkaian bunga di dalam bekas pencungkil lidi. Mereka melakukannya sambil membuat kiraan. Setelah selesai, mereka mengeluarkan bunga tadi dan memasukkannya kembali.
Pada kali ini pelajar sedang memegang ais. Mereka diminta untuk memindahkan ais dari magkuk merah jambu ke mangkuk biru. Walaupun ais tu sejuk, tetapi disebabkan seronok, mereka melakukannya berulang kali.
2. Melalui bermain, hubungan antara anak-anak dan ibu bapa akan bertambah baik, erat dan mesra.
Antara salah satu aktiviti di GBOB JB melibatkan ibu bapa dan anak-anak.
3. Bermain mengurangkan tekanan belajar. Anak-anak akan lebih berminat untuk mengambil bahagian serta meluahkan pendapat mereka.

Pelajar sedang bermain membuat 'sandwich' di mana sebenarnya Aida sedang mengajar mereka menggunakan kemahiran fizikal yang membangunkan kemahiran motor halus apabila jari-jari kecil mereka memegang sudu untuk menyapu jem di atas roti.
Aida sedang mengajar mereka menyanyi. Tapi ianya bukan nyanyian kosong/tak berfaedah kerana nyanyian berkenaan adalah bunyian huruf (phonics).
Ini pula ialah anak-anak syurga Aida. Mereka sedang bermain dengan pokok semalu atau nama saintifiknya "mimosa pudica" Habis semua pokok semalu yg dijumpai, mereka sentuh. "Magic!" Bak kata Aleesya. Permainan yang tidak mengeluarkan sebarang belanja bukan.

Apa yang anak-anak Aida dapat hanya dengan bermain pokok semalu? Meh sini Aida terangkan sikit.



Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus apabila Aireen & Aleesya mencuit daun pokok semalu. Membangunkan kemahiran motor kasar apabila mereka berjalan & berlari-lari anak ketika mereka dipanggil sejurus Aida terlihat pokok semalu tersebut.


Konsep kognitif ~ Anak-anak Aida belajar tentang warna, saiz, dan bentuk daun serta bahagian lain pokok semalu.

Kemahiran bahasa ~ Kami bertiga berbual tentang pokok semalu itu.

Kemahiran sosial ~ Aireen & Aleesya akan mengikut peraturan yang Aida bagi. Mereka mesti menunggu giliran untuk menyentuh daun pokok semalu. Mereka juga bekerjasama untuk mencari lebih banyak pokok semalu yang ada dikawasan rumah kami.


Semoga memori ini akan terpahat di ingatan mereka sampai bila-bila! :)


Jom kawan-kawan sayang, mulai hari ini, rajin-rajinkanlah diri kita sebagai ibu bapa bermain dengan anak-anak. Bagi kawan-kawan yang bekerja & tiada masa / tidak tahu bagaimana caranya untuk bermain bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, jom sertai Aida di GBOB JB. Anda akan measai sendiri keseronokannya, anak-anak anda apatahlagi. Ini lah masanya. Waktu kecil mereka tidak akan berulang kembali!

SMS @ Whatsapp Teacher Aida :


016-7330624 @ 010-6694699



Kelas akan diadakan pada hari Sabtu & Ahad. Masa akan diberitahu kemudian mengikut persetujuan ramai.



1. Level 2 (7-12 bulan) 
2. Level 3 (12-18 bulan)
3. Level 4 (18 bulan - 4 tahun)