Monday 27 January 2014

Anak-anak bermain untuk belajar

Bermain untuk belajar. Inilah konsep yang kami terapkan di "Playgroup @ Genius Baby On Board". 

Bermain sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah cara mereka belajar. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Perbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak ketika mereka bermain seperti mereka belajar menyelesaikan masalah, belajar bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Bermain membantu kanak-kanak berkembang. Terdapat beberapa kemahiran yang anak-anak akan dapat ketika mereka bermain, tak kira secara solo mahupun berkumpulan. Tetapi bukanlah permainan yang berkaitan dengan media elektik & elektronik ye mommy semua.

Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus & kasar apabila kanak-kanak belajar untuk mencubit, mencapai, menggenggam, merangkak, berlari, memanjat, melompat dan lain-lain.

Konsep kognitif ~ Kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah melalui bermain. Mereka juga belajar tentang warna, nombor, saiz dan bentuk. Mereka mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kemahiran memori dan fokus mereka. Kanak-kanak akan mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi jika mereka bermain dalam persekitaran yang lebih merangsangkan.

Kemahiran bahasa ~ Kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa dengan baik apabila mereka bermain dalam berkumpulan dan berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran sosial ~ Dengan bermain juga, kanak-kanak belajar pelbagai kemahiran penting seperti bekerjasama, berunding, mengikut giliran dan peraturan. Kemahiran ini penting untuk mereka hidup dalam masyarakat apabila dewasa kelak.


Semua kemahiran di atas akan anak-anak anda dapat ketika menyertai playgroup di GBOB JB. Mereka akan cuba menyelesaikan masalah yang diberikan, mengikut peraturan, meningkatkan kemahiran memori dan pelbagai lagi kemahiran yang lain.


Antara kesan yang akan anak-anak dapat ketika mereka bermain :


1. Apabila anak-anak seronok mereka akan mencuba berkali-kali.

Pelajar GBOB JB diminta memasukkan tangkaian bunga di dalam bekas pencungkil lidi. Mereka melakukannya sambil membuat kiraan. Setelah selesai, mereka mengeluarkan bunga tadi dan memasukkannya kembali.
Pada kali ini pelajar sedang memegang ais. Mereka diminta untuk memindahkan ais dari magkuk merah jambu ke mangkuk biru. Walaupun ais tu sejuk, tetapi disebabkan seronok, mereka melakukannya berulang kali.
2. Melalui bermain, hubungan antara anak-anak dan ibu bapa akan bertambah baik, erat dan mesra.
Antara salah satu aktiviti di GBOB JB melibatkan ibu bapa dan anak-anak.
3. Bermain mengurangkan tekanan belajar. Anak-anak akan lebih berminat untuk mengambil bahagian serta meluahkan pendapat mereka.

Pelajar sedang bermain membuat 'sandwich' di mana sebenarnya Aida sedang mengajar mereka menggunakan kemahiran fizikal yang membangunkan kemahiran motor halus apabila jari-jari kecil mereka memegang sudu untuk menyapu jem di atas roti.
Aida sedang mengajar mereka menyanyi. Tapi ianya bukan nyanyian kosong/tak berfaedah kerana nyanyian berkenaan adalah bunyian huruf (phonics).
Ini pula ialah anak-anak syurga Aida. Mereka sedang bermain dengan pokok semalu atau nama saintifiknya "mimosa pudica" Habis semua pokok semalu yg dijumpai, mereka sentuh. "Magic!" Bak kata Aleesya. Permainan yang tidak mengeluarkan sebarang belanja bukan.

Apa yang anak-anak Aida dapat hanya dengan bermain pokok semalu? Meh sini Aida terangkan sikit.



Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus apabila Aireen & Aleesya mencuit daun pokok semalu. Membangunkan kemahiran motor kasar apabila mereka berjalan & berlari-lari anak ketika mereka dipanggil sejurus Aida terlihat pokok semalu tersebut.


Konsep kognitif ~ Anak-anak Aida belajar tentang warna, saiz, dan bentuk daun serta bahagian lain pokok semalu.

Kemahiran bahasa ~ Kami bertiga berbual tentang pokok semalu itu.

Kemahiran sosial ~ Aireen & Aleesya akan mengikut peraturan yang Aida bagi. Mereka mesti menunggu giliran untuk menyentuh daun pokok semalu. Mereka juga bekerjasama untuk mencari lebih banyak pokok semalu yang ada dikawasan rumah kami.


Semoga memori ini akan terpahat di ingatan mereka sampai bila-bila! :)


Jom kawan-kawan sayang, mulai hari ini, rajin-rajinkanlah diri kita sebagai ibu bapa bermain dengan anak-anak. Bagi kawan-kawan yang bekerja & tiada masa / tidak tahu bagaimana caranya untuk bermain bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, jom sertai Aida di GBOB JB. Anda akan measai sendiri keseronokannya, anak-anak anda apatahlagi. Ini lah masanya. Waktu kecil mereka tidak akan berulang kembali!

SMS @ Whatsapp Teacher Aida :


016-7330624 @ 010-6694699



Kelas akan diadakan pada hari Sabtu & Ahad. Masa akan diberitahu kemudian mengikut persetujuan ramai.



1. Level 2 (7-12 bulan) 
2. Level 3 (12-18 bulan)
3. Level 4 (18 bulan - 4 tahun)

No comments:

Post a Comment