Thursday 19 December 2013

Tips Untuk Menahan Marah Kepada Anak Kecil


Credit to : Prof. Dr. Rozieta Shaary

Jika anda begitu marah dengan anak anda disebabkan kenakalan mereka...tarik nafas dahulu, Istigfar, pergi jauh dari situ dan kemudian bertanya kepada diri, yang saya marah ni betul ke kerana kenakalan mereka atau kerana saya marah kepada diri saya kerana kegagalan silam saya...

BERHENTI MENJADIKAN ANAK-ANAK TEMPAT MELEPASKAN MARAH ANDA...BURUK PADAHNYA dikemudian hari.


Masalah perilaku anak yang negatif adalah bersangkut paut dengan masalah hati kerana semua perbuatan niat asalnya datang dari hati. Oleh itu terapi yang hebat ialah terapi hati. Maka lakukanlah terapi hati. Hati siapa yang perlu menjalani terapi? Hati ibu dan bapa. Masalah perilaku anak, majoritinya disebabkan oleh MASALAH HUBUNGAN dengan ibu dan bapa. Buang rasa ego yang tidak kena tempat sebaliknya amalkan sikap rendah hati dan berfikiran terbuka, untuk mengukuhkan hubungan dengan anak dimana anak diterima seadanya, dihargai, dipenuhi keperluan asasnya, dilayan emosi mereka dengan sentuhan dan kasih sayang, maka ibu bapa akan melihat perubahan dan kemajuan anak.

“Behave yourself, so your children will, too” insya'ALLAH... 



Aida pun manusia biasa sama seperti anda semua. Pernah melakukan kesilapan terhadap anak-anak syurga aida tapi aida bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana memberi aida peluang untuk cepat tersedar, berhenti dari mendengar bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang akhirnya nanti akan memberi kesan kepada diri aida sendiri. Astaghfirullah!

Melalui hari-hari yang sibuk & memenatkan di tempat kerja kadang-kala menjadikan kita seperti hilang akal apabila berhadapan dengan anak-anak yang macam-macam ragam & kerenahnya. Tapi apa sebenarnya salah mereka? Tidakkah kita sedar apa yang mereka inginkan dari kita hanyalah perhatian semata-mata? Tidakkah kita sedar bahawa betapa rindunya mereka terhadap belaian lembut kita?

Apabila aida terkenang kesalahan aida terhadap anak-anak syurga aida, aida jadi sedih, sangat sedih. Cukup ke apa yang aku dah bagi pada mereka? Merasa bahagiakah mereka? Adilkah layanan aku untuk setiap mereka? Bagaimana pula dengan didikan yang aku bagi? Arghhh, semua tu bersarang di minda. :'(

Siapalah kita untuk memarahi anak-anak kita apatahlagi memukul mereka? Berhakkah kita ke atas mereka? Kepunyaan kitakah mereka? Bangunlah! Sedarlah kita dari mimpi bahawa mereka bukan milik kita. Setiap inci tubuh mereka hanyalah pinjaman untuk kita semata-mata. Patutkah kita 'sakitkan' tubuh & minda mereka? Terfikirkah dek akal kita akan kesan yang akan mereka tanggung kelak?

Kita baru diuji sedikit dengan 'kebaikan' mereka, dah mula ingin rasa marah, melepaskan makian & pukulan terhadap mereka. Cuba kita bayangkan jika diri kita sendiri berada di tempat mereka, adakah kita mahu diperlakukan begitu? Adakah kita kuat untuk menerima makian & pukulan seperti apa yang mereka terima?

Cukuplah kawan, berhentilah teman! Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum pinjaman kita ditarik balik, sebelum semuanya terlambat, sedarlah! Mereka perlukan kita! Perhatian kita, kasih sayang kita, didikan kita, belaian kita, dan itu semuanya PERCUMA! Mereka berhak mendapat itu semua daripada kita. Kerana kita adalah 'penjaga' mereka.

Ya ALLAH, ampunilah dosaku hambaMU yang kerdil lagi hina ini. Limpahkanlah rahmatMU ke atasku ya ALLAH. Jadikanlah aku seorang ibu yang benar-benar penyayang, lembut, prihatin & bertanggungjawab. Berilah aku kekuatan dalam mendidik & membesarkan amanah-amanahMU ini ya ALLAH. Berilkanlah aku kesedaran apabila aku tersalah & tunjukkanlah aku jalan yang benar dalam membesarkan mereka. Ya ALLAH, kau panjangkanlah usia anak-anakku, sihatkanlah tubuh badan mereka dan berilah aku peluang untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka... Aamiin aamiin yarabbal aalaamiin...


*sekadar peringatan untuk diri sendiri, mohon tiada yang terasa hati*