Tuesday 25 February 2014

Pentingnya komunikasi secara positif dengan anak-anak

Ibu bapa yang menyeronokkan ialah ibu bapa yang berkomunikasi secara positif dengan anak-anak.

Anak-anak tidak perlu takut atau malu untuk bercakap dengan ibu bapa. Tidak kira bagaimana sukar sekali pun isu atau mereka telah membuat sesuatu kesilapan, mereka tidak perlu ada perasaan takut bahawa kita akan membenci mereka. Cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka mestilah ikhlas dan tanpa syarat. Anak-anak perlu tahu bahawa kita sentiasa menyayangi mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.

Sebagai ibu bapa, kita wajar berkomunikasi secara positif dengan anak-anak untuk mewujudkan hubungan mesra dengan mereka. Adalah diharapkan dengan hubungan yang mesra ini akan menghidupkan rasa kepercayaan dan rasa seronok anak-anak kepada kita. Komunikasi yang dimaksudkan bukan hanya ketika anak-anak ada masalah tetapi ia adalah interaksi seharian di mana kita berbalas senyuman, mengucapkan perkataan yang baik, ketawa bersama, bercerita, makan bersama-sama dan sebagainya. Perkara yang utama adalah kita meletakkan masa dan tenaga supaya anak-anak tahu bahawa mereka penting dalam hidup kita. 


Kita sedar bahawa akan berlaku juga hari-hari yang situasi tidak begitu ceria, masalah datang secara tiba-tiba dan anak-anak pula membuat tingkah laku yang mencabar kesabaran kita, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita telah cuba yang terbaik untuk berkomunikasi dengan anak-anak secara positif.

Ini adalah beberapa contoh yang kita boleh lakukan untuk mewujudkan komunikasi positif dengan anak-anak.

=> Berbual dan berbincang dengan anak setiap hari walaupun ia hanya untuk beberapa minit.


**kalau anda berani cakap 5-10 minit pun tak ada untuk mereka setiap hari, anda juga harus berani bawa mereka ke GBOB untuk menggembirakan mereka sebab kat GBOB anda akan berbual dengan mereka sepanjang kelas berlangsung**

=> Mendengar dan cuba memahami apa yang diperkatakan oleh anak-anak tanpa cepat membuat kesimpulan. 


**di GBOB inilah masanya untuk anda beramah mesra dengan mereka kerana kami menggalakkan ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak tersayang di samping mendengar dan memahami isi hati mereka**

=> Meletakkan telefon bimbit, matikan komputer pada waktu kita bersama dengan anak-anak. 


**di GBOB ibu bapa memang tak sempat nak pegang HP @ komputer sebab waktu di dalam kelas adalah waktu untuk anda habiskan masa bersama anak**


=> Bercakap dengan anak menggunakan nada dan kata-kata yang kita ingin orang lain gunakan ketika bercakap dengan kita.


**sudah semestinya bila di khalayak ramai terutama di dalam kelas GBOB, anda akan menggunakan nada dan kata-kata yang positif untuk anak-anak walaupun dalam hati kecil anda berkata "Errrmmm, geramnya.....siap nanti kat rumah!" (ni contoh je tau) ingat ye ibu bapa semua, "practice makes perfect". bila da konsisten setiap minggu buat, insya'ALLAH anda akan berjaya menjadi ibu bapa yg cemerlang**

=> Menyatakan kasih sayang dan cinta kita setiap hari, tidak kira bagaimana sukar dan letihnya kita pada hari tersebut. 


**part paling best. aida pun kerja juga seperti anda semua tapi alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk menyatakan kasih sayang dan cinta kepada anak-anak syurga aida. kalau anda cakap ni pun tak sempat jugak atau tak tahu nak buat macam mana, memang anda WAJIB datang ke GBOB. ada 1 part yang PALING aida suka bila ibu bapa kena berlari dapatkan anak masing-masing, kena peluk, cium dan cakap I LOVE U pada mereka. aida pun akan cakap jugak pada setiap pelajar aida. cuba anda bayangkan, 'sweet' kan**

**sebab tu bila dalam kelas, pelajar GBOB JB suka berbual dengan aida. aida akan cuba untuk menjadi pendengar yang terbaik dan melayan mereka berbual walaupun ada kalanya aida tidak faham apa yang mereka cakap atau perkara yang mereka katakan keluar dari topik yang sedang dibincangkan** :)

Thursday 20 February 2014

Panduan mendidik anak mengikut Islam

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi.”

P/S : kalau rasa tengah marah tu, cuba kawal dengan menjauhkan diri dari mereka untuk seketika. ambil wudhu' @ lakukan apa saja perkara yg lain untuk meredakan kemarahan kita.

*peringatan utk diri sendiri juga*

Tuesday 18 February 2014

Genius Ariana & Surah Al-Falaq

*COPY FROM MY PERSONAL BLOG *

Alhamdulillah! Selepas lebih kurang seminggu menghafal surah & makna Al-Falaq, akhirnya Ariana berjaya menguasainya. Semoga banyak lagi surah berserta maknanya yg akan kakak hafal nanti. Dan semoga kakak menjadi insan yang cemerlang di dunia & akhirat kelak. Aamiin... :')



Monday 17 February 2014

Jagalah dengan baik anak perempuan kita

Bismillahirrahmanirrahim...

SANTAPAN ROHANI - SELASA 18 FEBRUARI 2014:
JAGALAH DENGAN BAIK ANAK PEREMPUAN ANDA!

Kalau semalam entry tentang anak lelaki, hari ni Aida buat entry tentang anak perempuan pula ye.
 
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "BARANGSIAPA MEMELIHARA DUA ANAK PEREMPUAN HINGGA MENCAPAI AKIL BALIGH, maka ia dan aku akan datang pada hari Kiamat seperti ini, beliau lalu mengumpulkan dua jarinya". [HR.Muslim]

Dalam sebuah hadith lain, Rasulullah SAW. bersabda, "APABILA SEORANG ANAK PEREMPUAN LAHIR, ALLAH SWT MENGIRIMKAN MALAIKAT KE RUMAH ITU". Mereka mendatangi rumah itu dan mendoakan keselamatan ke atas mereka. Kemudian para malaikat melingkungi bayi perempuan yang baru lahir dengan sayapnya dan membelai kepalanya dengan tangan mereka, seraya berkata bahwa ia adalah lemah. Barangsiapa yang memikul tanggung jawab untuk memeliharanya, maka ia akan memperoleh rahmat Allah SWT selama ia masih hidup". [Al-Mujan As-Shaghir li-Thabrani]

ADA SEBUAH HADITH dari Aisyah r.a, dia berkata "Seorang wanita datang kepadaku disertai dua anak perempuannya. Ia meminta shadaqah kepadaku, tetapi ia tidak menemukan sesuatu apapun pada diriku kecuali sebiji kurma. Maka aku berikan kurma itu. Ia menerimanya kemudian membaginya untuk kedua anak perempuanny, ibunya tidak mengambil bagian dari kurma itu. Kemudian ia pergi". Sementara itu Rasulullah SAW. mengunjungiku dan aku menceritakan peristiwa tersebut kepada beliau. Maka Rasulullah SAW.bersabda, "ORANG YANG MEMIKUL TANGGUNG JAWAB UNTUK MEMBESARKAN ANAK PEREMPUAN DAN MEMPERLAKUKAN MEREKA DENGAN BAIK, IA AKAN MEMPEROLEH PERLINDUNGAN DARI NERAKA JAHANNAM". (Muttafaqun ‘alaih)

PARA IBUBAPA YANG MEMPUNYAI ANAK2 PEREMPUAN.


Jagalah mereka dengan baik, beragama, MENUTUP AURAT, berakhlak baik.... Kerana dari mereka kita akan meraih syurga dan aliran pahala, apabila kita sudah tiada nanti... Allahu Akbar!
Anak2 solehah Aida - Aireen Ariana & Airys Aleesya

Sunday 16 February 2014

Peranan ibu-bapa dalam mendidik anak lelaki

Mentang-mentanglah baru dapat anak lelaki, bukan main excited Aida baca & kogsi tips ni. 

PERANAN IBU
  1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.
  2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan menjadikan bonding time untuk ibu dan anak lelaki.
  3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
PERANAN BAPA
  1. Kerapkan membawa anak ke masjid, surau dan majlis-majlis agama.
  2. Sentiasa membacakan doa-doa.
  3. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika bawah dari 5 tahun.
  4. Bawa anak besiar-siar dan habiskan waktu bersamanya
  5. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan menjadikan bonding time dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
  6. Anak lelaki akan mengganggap bapanya sebagai role model, maka bapa kena jadi yang terbaik.
  7. Dukung anak atas bahu, ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
Sebenarnya banyak lagi peranan kita dalam mendidik anak-anak, baik anak lelaki mahupun perempuan. Ini hanyalah sebahagian darinya sahaja. 
Imam muda Aida - Ahmad Aisy Almikhail

Thursday 13 February 2014

Didik anak dengan cara Rasulullah SAW

Assalamualaikum. 

Kalau sebelum ni Aida buat entri masa mengikuti bengkel, kali ni Aida paparkan pula video yg Aida jumpa kat YouTube buat tatapan semua. Antara isi kandungan di dalam video tersebut :


Nabi SAW begitu baik layanannya kepada kanak-kanak. Baginda mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yg baik. Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Bukti, bayi dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih dari segala kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan ini.

Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah baginda suka menghidu, mendakap dan mencium mereka. 

Pernah Al-Aqra' bin Habis melihat baginda juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda : 
"Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu?"
Nabi SAW menjawab 
"Ya."
Lalu mereka berkata :
"Sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami."
Rasulullah SAW bersabda lagi :
"Apa yg akan aku buatkan untuk kamu, andainya Allah SWT merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu?"

Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang. Ramai yg tak tahu bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan. Iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak. Nabi SAW suka mendukung kanak-kanak. Kerap dilihat Hasan atau Husin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah SAW. 

Satu hari Anas bin Malik datang. Dia melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua tangan dan dua kakinya. Dan Hasan & Husin sedang bermain di atas belakang baginda. Maka dia berkata kepada Nabi SAW :
"Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua."
Lalu Nabi SAW bersabda :
"Dan merekalah sebaik-baik penunggang, Ya Anas."
Nabi SAW memberi kepada mereka berdua kedudukan dan kemuliaan.

Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak, juga baik untuk jiwa dan tubuh badan. Antara keindahan dalam hidup Rasulullah SAW adalah ketika melayani kanak-kanak. Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak. Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak, sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengannya.

Nabi SAW memiliki sifat kasihan. Begitu melindungi kanak-kanak.


Sesiapa yg membimbing anak-anaknya, mereka telah menjinakkan hasadnya. Nabi SAW mendidik mereka, membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka. Kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.


Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu. Juga menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh. Nabi SAW tak pernah memukul orang lain dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting.


Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukanlah pukul yg kuat. Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia dilakuka agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran. Rasulullah SAW sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.


"Jadilah guru ketika mereka kecil dan kawan apabila dia meningkat usia!"

Dan..................yang lain-lain tu, sila lah tengok video ni sendiri ye kawan2 semua... :)

Wednesday 12 February 2014

Hak asasi utama bapa kepada anak-anak

Salam Khamis.

ANTARA hak asasi utama kaum bapa kepada anak-anak ialah melindungi mereka dengan doa-doa.

Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca :
Sesiapa yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya. Ia sejenis jin yg suka menyakiti kanak-kanak.

Jadi kaum bapa jangan lupa ye untuk membaca & mengamalkan doa ini. Kaum ibu pun boleh juga membacanya. :)

Monday 10 February 2014

Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 2)

Sambungan pada entri Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 1).

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan & pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barang peninggalan yg terlibat.Ini kerana pengalaman ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yg ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak.Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada swngan peristiwa pahit yg mereka alami. Atau peristiwa manis atau kejayaan yg pernah mereka kecapi.


5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati, erti kesusahan dan sebagainya. Kaedah ini sangat penting & ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan (sila rujuk entri bahagian 1). Ini kerana nasihat & teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.


Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.          

* Aida teringat seorang bekas pelajar Aida yg taknak pergi Kindy tapi asyik nak pergi GBOB JB je walaupun weekdays. Alhamdulillah lepas Aida nasihat anak syurga Aida tu secara personal, means just both of us, dia takde isu lagi untuk pergi Kindy macam biasa sebelum jatuh cinta dengan GBOB JB. :)
       
6. Kaedah bermain dan bergurau

Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak baik. Tetapi jangan pula bergurau melampaui batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main & nergurau-gurau dengan anak-anak anda? Jawab la sendiri ye...

* Ni la tugas utama Aida kat GBOB JB! Bermain & bergurau dengan pelajar2 Aida. Suka sangat bila lihat mereka gembira. Melayan keletah dan kerenah mereka yang mencuit hati. Dan ini jugalah masa untuk ibu / bapa mereka meluangkan masa hanya untuk mereka.
spoon & egg game
musical chairs game
balloon balance boogie game
bubbles time
parachute time
(gambar2 diambil semasa Majlis Sambutan Hari Raya di GBOB JB - 2012)
7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yg cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasulullah SAW. Anak kita memang cemerlang tetapi mereka perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu.

* Disebabkan itu, kami para guru di GBOB sentiasa mengingatkan ibu bapa untuk konsisten dtg ke kelas. Lepas ni jangan ponteng2 lagi ye. 1 jam ni je la masa yg dapat anda luangkan untuk anak2 tersayang dgn aktiviti berfaedah. 

Waktu kecil anak kita hanyalah sekali! Masa2 begini tidak akan berulang kembali. Jadi inilah peluang kita untuk 'menggunakannya' dengan sebaik-baiknya. 

Wednesday 5 February 2014

Genius Baby On Board di Rancangan Klik I @ TVi (Saluran 180 Astro)

Soalan yang sering ibu bapa tujukan setiap kali ingin tahu tentang Playgroup di Genius Baby On Board ialah apa program yg kami sediakan?

Aida akan cerita lagi nanti.....itupun kalau anda rasa apa maklumat yg Teacher Watie cakap ni tak cukup penuh isinya. ;)

"happy watching"

Teacher Watie telah ditemuramah dalam Rancangan Klik I @ TVi (Saluran 180 Astro) bulan Disember 2013 yang lalu. 

Topik yang dibincangkan adalah mengenai Program yang pihak GBOB jalankan seperti Playgroup, Seminar dan Program Cuti Sekolah. Selain itu, Teacher Watie juga berkongsi tips-tips parenting di dalam Rancangan Klik I ini. 

Kongsikan video ini, semoga kita semua mendapat manfaat darinya. 

Cawangan : Puchong, Shah Alam, Bandar Botanic & Johor Bharu

Teacher Watie : 016-2033340 (Puchong)
Teacher Azie : 012-2877516 (Shah Alam)
Teacher Anne : 0175614606 (Bandar Botanic Klang)
Teacher Aida : 010-6694699 / 016-7330624 (Johor Bharu) - "saya la tu"

Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 1)

Salam Rabu.

Jom sama-sama kita aplikasikan kaedah di bawah dalam mendidik anak-anak tersayang :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Pesanan dan arahan merupakan salah satu kaedah yang disarankan RASULULLAH SAW. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, adakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah diulang berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi pesanan sebanyak 200 kali tanpa jemu dan bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. 

* Antara contoh pesanan yang selalu Aida beri untuk anak-anak di GBOB JB :
- Jangan lupa megucapkan 'bismillah' dan 'alhamdulillah' sebelum & selepas melakukan sesuatu perkara.
- Sebut 'please' jika mahukan sesuatu dari Aida.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu-bapa. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahaman minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yg boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan. Anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

* GBOB ada menyelitkan waktu bercerita di dalam jadual kelas kami.
Sesi bercerita. Gambar ini merupakan kelas percubaan yang pertama di GBOB JB pd 11 Februari 2012. 
3. Kaedah soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dab mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti serta pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu beriadah dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu @ tidak pasti jawapan kepada soalan anak-anak, , jangan teraga-agak @ enggan untuk mengaku tidak tahu.Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan @ jawapan kepada persoalan yg ditanya oleh anak daripada orang yg mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yg bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yg tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yg cemerlang. Jika ditangani dengan baik, anak itu mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

* Sebagai guru Playgroup di GBOB JB, sesi soal jawab @ ramah mesra ini memang memainkan peranan yg penting untuk Aida tambat hati pelajar-pelajar Aida. Ibu bapa yg hadir boleh jadikan ianya sebagai contoh untuk anda bersoal-jawab dengan anak-anak syurga tersayang. :)
Bersoal jawab tentang huruf 'C' dan gambar di dalam muka surat tersebut.
Sehingga berjumpa lagi di bahagian ke-2 nanti, insya'ALLAH...