Wednesday 5 February 2014

Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 1)

Salam Rabu.

Jom sama-sama kita aplikasikan kaedah di bawah dalam mendidik anak-anak tersayang :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Pesanan dan arahan merupakan salah satu kaedah yang disarankan RASULULLAH SAW. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, adakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah diulang berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi pesanan sebanyak 200 kali tanpa jemu dan bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. 

* Antara contoh pesanan yang selalu Aida beri untuk anak-anak di GBOB JB :
- Jangan lupa megucapkan 'bismillah' dan 'alhamdulillah' sebelum & selepas melakukan sesuatu perkara.
- Sebut 'please' jika mahukan sesuatu dari Aida.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu-bapa. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahaman minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yg boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan. Anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

* GBOB ada menyelitkan waktu bercerita di dalam jadual kelas kami.
Sesi bercerita. Gambar ini merupakan kelas percubaan yang pertama di GBOB JB pd 11 Februari 2012. 
3. Kaedah soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dab mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti serta pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu beriadah dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu @ tidak pasti jawapan kepada soalan anak-anak, , jangan teraga-agak @ enggan untuk mengaku tidak tahu.Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan @ jawapan kepada persoalan yg ditanya oleh anak daripada orang yg mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yg bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yg tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yg cemerlang. Jika ditangani dengan baik, anak itu mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

* Sebagai guru Playgroup di GBOB JB, sesi soal jawab @ ramah mesra ini memang memainkan peranan yg penting untuk Aida tambat hati pelajar-pelajar Aida. Ibu bapa yg hadir boleh jadikan ianya sebagai contoh untuk anda bersoal-jawab dengan anak-anak syurga tersayang. :)
Bersoal jawab tentang huruf 'C' dan gambar di dalam muka surat tersebut.
Sehingga berjumpa lagi di bahagian ke-2 nanti, insya'ALLAH...

No comments:

Post a Comment