Thursday 13 February 2014

Didik anak dengan cara Rasulullah SAW

Assalamualaikum. 

Kalau sebelum ni Aida buat entri masa mengikuti bengkel, kali ni Aida paparkan pula video yg Aida jumpa kat YouTube buat tatapan semua. Antara isi kandungan di dalam video tersebut :


Nabi SAW begitu baik layanannya kepada kanak-kanak. Baginda mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yg baik. Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Bukti, bayi dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih dari segala kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan ini.

Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah baginda suka menghidu, mendakap dan mencium mereka. 

Pernah Al-Aqra' bin Habis melihat baginda juga beberapa orang badwi berkata kepada baginda : 
"Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu?"
Nabi SAW menjawab 
"Ya."
Lalu mereka berkata :
"Sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami."
Rasulullah SAW bersabda lagi :
"Apa yg akan aku buatkan untuk kamu, andainya Allah SWT merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu?"

Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang. Ramai yg tak tahu bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan. Iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak. Nabi SAW suka mendukung kanak-kanak. Kerap dilihat Hasan atau Husin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah SAW. 

Satu hari Anas bin Malik datang. Dia melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua tangan dan dua kakinya. Dan Hasan & Husin sedang bermain di atas belakang baginda. Maka dia berkata kepada Nabi SAW :
"Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua."
Lalu Nabi SAW bersabda :
"Dan merekalah sebaik-baik penunggang, Ya Anas."
Nabi SAW memberi kepada mereka berdua kedudukan dan kemuliaan.

Bermain penting untuk pembesaran kanak-kanak, juga baik untuk jiwa dan tubuh badan. Antara keindahan dalam hidup Rasulullah SAW adalah ketika melayani kanak-kanak. Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak. Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak, sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengannya.

Nabi SAW memiliki sifat kasihan. Begitu melindungi kanak-kanak.


Sesiapa yg membimbing anak-anaknya, mereka telah menjinakkan hasadnya. Nabi SAW mendidik mereka, membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka. Kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup.


Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu. Juga menengking dan memarahi budak disebabkan perkara yang remeh. Nabi SAW tak pernah memukul orang lain dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting.


Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukanlah pukul yg kuat. Tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia dilakuka agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran. Rasulullah SAW sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.


"Jadilah guru ketika mereka kecil dan kawan apabila dia meningkat usia!"

Dan..................yang lain-lain tu, sila lah tengok video ni sendiri ye kawan2 semua... :)

No comments:

Post a Comment