Thursday 17 April 2014

Jangan suka membanding-bandingkan anak

Menjadi seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berlainan karektor membuatkan Aida semakin peka terhadap perkembangan seseorang pelajar itu. Ada juga ibu bapa yang bertanyakan tentang keadaan anak mereka apabila melihat ada rakan sebaya yang lebih advance dari anak mereka. Ada yang merasa pelik, malah yang sedikit kecewa pun ada. Tapi, cepat-cepat Aida cuba hilangkan kerunsingan yang bersarang di hati mereka dengan memberi mereka nasihat.

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak mereka mampu melakukan apa sahaja mengikut umur mereka atau berkelakuan baik walau di mana sahaja, betul tak? Tapi, apa yang telah kita lakukan @ berikan untuk mendapatkan yang terbaik daripada anak-anak kita untuk mereka sama taraf dengan rakan-rakan yang lain? Tepuk dada, tanya selera! Jawapannya ada di dalam diri ibu bapa itu sendiri.

Aida boleh nampak banyak perbezaan dalam diri anak-anak dan pelajar-pelajar Aida tapi apa yang Aida dapat jika membanding-bandingkan mereka? NOTHING! Lebih baik Aida focus untuk bantu mereka, kan itu lebih bagus.

Sikap suka membandingkan kebolehan seorang bayi atau kanak-kanak itu sukar dibendung di kalangan ibu bapa. Misalnya jika anak si A yang berusia setahun sudah pandai berjalan dan bercakap beberapa perkataan akan dibandingkan dengan anak si B yang seusia tetapi belum mencapai perkembangan yang sama.

Ibu si B tidak perlu risau dan bimbang jika perkembangan anaknya adalah normal cuma belum mencapai tahap yang sama seperti anak si A.

Pembesaran fizikal dan perkembangan minda kanak-kanak adalah berbeza. Walaupun secara amnya perkembangan kanak-kanak diseluruh dunia seharusnya sama. Mengikut teori Piaget, seseorang kanak-kanak itu, di saat selepas dilahirkan sehinggalah dewasa akan melalui empat peringkat perkembangan kognitif, iaitu:
1) Sensori motor (usia 0 - 2 tahun) - mendengar pelbagai jenis bunyi, menyentuh objek.

2) Pra operasional (usia 2 - 7 tahun) - mula bercakap dengan perkataan yang betul, boleh melukis.

3) Operasional konkrit (usia 7 - 11 tahun) - memahami logik.

4) Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa) - memahami abstrak.

Akan tetapi dalam setiap peringkat perkembangan akan ada sedikit perbezaan dari seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Contohnya, ada bayi yang sudah mula berjalan seawal sembilan bulan, ada juga selewat dua tahun.

Sebenarnya ia juga bergantung kepada faktor kematangan, biologi, dan juga persekitarannya. Justeru, ia adalah perkara normal. Namun begitu, jangan abaikan usaha untuk terus mendidiknya. Jangan pula dipaksa kerana mahu menyaingi anak orang lain, dikhuatiri anak akan tertekan.
GAMBAR HIASAN (pelajar GBOB JB level 3 - 2013)

Tuesday 15 April 2014

Kata-kata positif untuk anak-anak tersayang

Antara rutin yang kami lakukan di GBOB ialah mengucapkan kata-kata positif kepada pelajar2 kami. Bukan itu sahaja, malah kami juga melatih ibu bapa untuk mengucapkannya pada setiap kelas & menggalakan mereka mengatakannya pada setiap masa, walau di mana sahaja mereka berada. :)

Tahukah anda kata-kata positif yang diucapkan setiap hari kepada si anak, mampu membentuk karektor diri mereka yang lebih baik. Pujian dan penghargaan memberikan aura positif dalam diri anak yang sedang membesar.

Walau sesibuk mana sekalipun anda berdua, jangan pernah lupakan ucapan manis untuk si kecil. Senyuman yang mereka lemparkan saat mendengar ucapan daripada ibu dan ayah akan mencorakkan hari yang gembira buat mereka.

Jika anda jarang mengucapkan kata-kata positif kepada anak, mungkin kata-kata berikut memberikan inspirasi untuk menjadi ibu bapa hebat kepada anak-anak. Percayalah, ianya amat bermakna kepada mereka.

I Love You
Kata-kata mudah yang boleh diucapkan setiap masa bila-bila sahaja. Jika diiringi dengan dakapan erat, ucapan ini lebih memberi kesan positif terhadap perkembangan anak. Mereka berasa tenang dan bahagia kerana tahu diri amat disayangi oleh kalian berdua!

Seronok melihatmu
Kadang kala anak-anak berasa kita tidak suka melihat mereka terutama jika kita sedang menghadapi masalah dan berwajah muram. Lupakan seketika masalah anda, lemparkan senyuman dan sambut kepulangan anak-anak dari sekolah atau ketika mengambil mereka dari sekolah/taksa dengan perasaan gembira dan bahagia.

Kamu membanggakan mommy
Apabila anak teruja menunjukkan hasil prestasinya di sekolah atau apa sahaja yang dia lakukan, balaslah dengan pujian dan katakan yang anda bangga dengan apa yang dia lakukan. Pujian anda tentu memberi semangat dan keyakinan kepada dirinya.

Mommy nak dengar cerita kamu
Dalam kesibukan kadang kala kita terlupa memberi perhatian dengan cerita daripada anak-anak. Luangkan beberapa minit untuk memberi perhatian dengan cerita mereka. Tunjukkan kesungguhan dan minat ingin tahu walaupun sekadar cerita tentang mereka terlambat memakai kasut ketika pulang dari sekolah.

Mommy percaya kepadamu
Adakalanya seorang anak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu dan ayah. Namun, mereka kecewa sekiranya gagal memenuhi harapan tersebut. Katakan yang anda tetap berbangga dengan usahanya. Berikan anak keyakinan bahawa gagal bukan bermakna untuk selamanya.

Mommy bahagia dengan kehadiran kamu
Anak-anak berhak tahu bahawa kehadiran mereka sangat penting dalam hidup anda berdua. Beritahu mereka yang anda bahagia memiliki mereka sebagai anak. Jangan pernah mengucapkan kata-kata yang mereka menyusahkan anda. Ketahuilah bahawa kata-kata itu mampu menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga dewasa.

Sunday 13 April 2014

Usah sekat perkembangan anak

“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”

Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif.  Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi kecil akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses pertumbangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.

Berilah mereka peluang untuk merasai sesuatu perkara yang baru.
Cepat beri bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan. Biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.

Biarkan mereka tahu apa itu kegagalan seawal usia mereka.
Cair dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.

Menghukum bukan bererti kita tidak sayangkan mereka.
Cakap tidak serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. Tidak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.

Jadikan kita sebagai role-model yang terbaik kepada anak2 syurga yang kita kasihi.

p/s : Kami di GBOB akan membiarkan anak-anda anda melakukan sendiri segala tugasan yang disediakan khas untuk mereka. Ingin anak-anak anda menjadi sebahagian dari kami?

PM / whatsapp aida @ 016-7330624. :)