Thursday 17 April 2014

Jangan suka membanding-bandingkan anak

Menjadi seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berlainan karektor membuatkan Aida semakin peka terhadap perkembangan seseorang pelajar itu. Ada juga ibu bapa yang bertanyakan tentang keadaan anak mereka apabila melihat ada rakan sebaya yang lebih advance dari anak mereka. Ada yang merasa pelik, malah yang sedikit kecewa pun ada. Tapi, cepat-cepat Aida cuba hilangkan kerunsingan yang bersarang di hati mereka dengan memberi mereka nasihat.

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak mereka mampu melakukan apa sahaja mengikut umur mereka atau berkelakuan baik walau di mana sahaja, betul tak? Tapi, apa yang telah kita lakukan @ berikan untuk mendapatkan yang terbaik daripada anak-anak kita untuk mereka sama taraf dengan rakan-rakan yang lain? Tepuk dada, tanya selera! Jawapannya ada di dalam diri ibu bapa itu sendiri.

Aida boleh nampak banyak perbezaan dalam diri anak-anak dan pelajar-pelajar Aida tapi apa yang Aida dapat jika membanding-bandingkan mereka? NOTHING! Lebih baik Aida focus untuk bantu mereka, kan itu lebih bagus.

Sikap suka membandingkan kebolehan seorang bayi atau kanak-kanak itu sukar dibendung di kalangan ibu bapa. Misalnya jika anak si A yang berusia setahun sudah pandai berjalan dan bercakap beberapa perkataan akan dibandingkan dengan anak si B yang seusia tetapi belum mencapai perkembangan yang sama.

Ibu si B tidak perlu risau dan bimbang jika perkembangan anaknya adalah normal cuma belum mencapai tahap yang sama seperti anak si A.

Pembesaran fizikal dan perkembangan minda kanak-kanak adalah berbeza. Walaupun secara amnya perkembangan kanak-kanak diseluruh dunia seharusnya sama. Mengikut teori Piaget, seseorang kanak-kanak itu, di saat selepas dilahirkan sehinggalah dewasa akan melalui empat peringkat perkembangan kognitif, iaitu:
1) Sensori motor (usia 0 - 2 tahun) - mendengar pelbagai jenis bunyi, menyentuh objek.

2) Pra operasional (usia 2 - 7 tahun) - mula bercakap dengan perkataan yang betul, boleh melukis.

3) Operasional konkrit (usia 7 - 11 tahun) - memahami logik.

4) Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa) - memahami abstrak.

Akan tetapi dalam setiap peringkat perkembangan akan ada sedikit perbezaan dari seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Contohnya, ada bayi yang sudah mula berjalan seawal sembilan bulan, ada juga selewat dua tahun.

Sebenarnya ia juga bergantung kepada faktor kematangan, biologi, dan juga persekitarannya. Justeru, ia adalah perkara normal. Namun begitu, jangan abaikan usaha untuk terus mendidiknya. Jangan pula dipaksa kerana mahu menyaingi anak orang lain, dikhuatiri anak akan tertekan.
GAMBAR HIASAN (pelajar GBOB JB level 3 - 2013)

No comments:

Post a Comment