Wednesday, 12 February 2014

Hak asasi utama bapa kepada anak-anak

Salam Khamis.

ANTARA hak asasi utama kaum bapa kepada anak-anak ialah melindungi mereka dengan doa-doa.

Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca :
Sesiapa yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya. Ia sejenis jin yg suka menyakiti kanak-kanak.

Jadi kaum bapa jangan lupa ye untuk membaca & mengamalkan doa ini. Kaum ibu pun boleh juga membacanya. :)

Monday, 10 February 2014

Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 2)

Sambungan pada entri Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 1).

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan & pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barang peninggalan yg terlibat.Ini kerana pengalaman ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yg ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak.Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada swngan peristiwa pahit yg mereka alami. Atau peristiwa manis atau kejayaan yg pernah mereka kecapi.


5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati, erti kesusahan dan sebagainya. Kaedah ini sangat penting & ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan (sila rujuk entri bahagian 1). Ini kerana nasihat & teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.


Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak-anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.          

* Aida teringat seorang bekas pelajar Aida yg taknak pergi Kindy tapi asyik nak pergi GBOB JB je walaupun weekdays. Alhamdulillah lepas Aida nasihat anak syurga Aida tu secara personal, means just both of us, dia takde isu lagi untuk pergi Kindy macam biasa sebelum jatuh cinta dengan GBOB JB. :)
       
6. Kaedah bermain dan bergurau

Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak baik. Tetapi jangan pula bergurau melampaui batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main & nergurau-gurau dengan anak-anak anda? Jawab la sendiri ye...

* Ni la tugas utama Aida kat GBOB JB! Bermain & bergurau dengan pelajar2 Aida. Suka sangat bila lihat mereka gembira. Melayan keletah dan kerenah mereka yang mencuit hati. Dan ini jugalah masa untuk ibu / bapa mereka meluangkan masa hanya untuk mereka.
spoon & egg game
musical chairs game
balloon balance boogie game
bubbles time
parachute time
(gambar2 diambil semasa Majlis Sambutan Hari Raya di GBOB JB - 2012)
7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yg cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasulullah SAW. Anak kita memang cemerlang tetapi mereka perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu.

* Disebabkan itu, kami para guru di GBOB sentiasa mengingatkan ibu bapa untuk konsisten dtg ke kelas. Lepas ni jangan ponteng2 lagi ye. 1 jam ni je la masa yg dapat anda luangkan untuk anak2 tersayang dgn aktiviti berfaedah. 

Waktu kecil anak kita hanyalah sekali! Masa2 begini tidak akan berulang kembali. Jadi inilah peluang kita untuk 'menggunakannya' dengan sebaik-baiknya. 

Wednesday, 5 February 2014

Genius Baby On Board di Rancangan Klik I @ TVi (Saluran 180 Astro)

Soalan yang sering ibu bapa tujukan setiap kali ingin tahu tentang Playgroup di Genius Baby On Board ialah apa program yg kami sediakan?

Aida akan cerita lagi nanti.....itupun kalau anda rasa apa maklumat yg Teacher Watie cakap ni tak cukup penuh isinya. ;)

"happy watching"

Teacher Watie telah ditemuramah dalam Rancangan Klik I @ TVi (Saluran 180 Astro) bulan Disember 2013 yang lalu. 

Topik yang dibincangkan adalah mengenai Program yang pihak GBOB jalankan seperti Playgroup, Seminar dan Program Cuti Sekolah. Selain itu, Teacher Watie juga berkongsi tips-tips parenting di dalam Rancangan Klik I ini. 

Kongsikan video ini, semoga kita semua mendapat manfaat darinya. 

Cawangan : Puchong, Shah Alam, Bandar Botanic & Johor Bharu

Teacher Watie : 016-2033340 (Puchong)
Teacher Azie : 012-2877516 (Shah Alam)
Teacher Anne : 0175614606 (Bandar Botanic Klang)
Teacher Aida : 010-6694699 / 016-7330624 (Johor Bharu) - "saya la tu"

Kaedah mendidik anak cemerlang (bahagian 1)

Salam Rabu.

Jom sama-sama kita aplikasikan kaedah di bawah dalam mendidik anak-anak tersayang :

1. Kaedah pesanan dan arahan

Pesanan dan arahan merupakan salah satu kaedah yang disarankan RASULULLAH SAW. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, adakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah diulang berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi pesanan sebanyak 200 kali tanpa jemu dan bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. 

* Antara contoh pesanan yang selalu Aida beri untuk anak-anak di GBOB JB :
- Jangan lupa megucapkan 'bismillah' dan 'alhamdulillah' sebelum & selepas melakukan sesuatu perkara.
- Sebut 'please' jika mahukan sesuatu dari Aida.

2. Kaedah bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu-bapa. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahaman minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yg boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan. Anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

* GBOB ada menyelitkan waktu bercerita di dalam jadual kelas kami.
Sesi bercerita. Gambar ini merupakan kelas percubaan yang pertama di GBOB JB pd 11 Februari 2012. 
3. Kaedah soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dab mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti serta pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu beriadah dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu @ tidak pasti jawapan kepada soalan anak-anak, , jangan teraga-agak @ enggan untuk mengaku tidak tahu.Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan @ jawapan kepada persoalan yg ditanya oleh anak daripada orang yg mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yg bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yg tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yg cemerlang. Jika ditangani dengan baik, anak itu mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

* Sebagai guru Playgroup di GBOB JB, sesi soal jawab @ ramah mesra ini memang memainkan peranan yg penting untuk Aida tambat hati pelajar-pelajar Aida. Ibu bapa yg hadir boleh jadikan ianya sebagai contoh untuk anda bersoal-jawab dengan anak-anak syurga tersayang. :)
Bersoal jawab tentang huruf 'C' dan gambar di dalam muka surat tersebut.
Sehingga berjumpa lagi di bahagian ke-2 nanti, insya'ALLAH...

Thursday, 30 January 2014

Betulkan diri sendiri dulu

Salam Khamis.

Aida tertarik dengan 3 pendekatan yang Dr Muhaya berikan untuk kita lonjakkan potensi diri. Walaupun pendekatan yg dikatakan beliau berkaitan dengan kerjaya, tapi ia juga boleh diaplikasikan dalam membesarkan anak-anak tersayang.


Jom baca pendekatan & huraian mengikut pandangan Aida.




1. Kita kena ubah diri kita sebelum ubah orang di sekeliling kita.

Ya, kita kena ubah diri kita pada mulanya.

-Jika kita mahu seorang anak yang pelembut & tidak marah-marah maka kita haruslah jadi begitu dulu.
-Jika kita mahu anak kita menghormati masa ketika kita sedang bekerja, maka kita haruslah menghormati masa yang WAJIB kita luangkan untuk mereka.
-Jika kita mahu anak faham bahawa pentingnya gadjet (handphone, tab, laptop) untuk kita bekerja @ berkomunikasi, maka kita juga haruslah faham betapa bermaknanya permainan untuk mereka. Dah itu memang fitrah kanak-kanak, suka bermain. Ingat tak entry Aida sebelum ni, "anak bermain untuk belajar". Kalau pernah tengok iklan Milo, mesti perasan tagline "hak bermain hak kami" yg dikatakan oleh seorang kanak-kanak perempuan. Tapi permainan / aktiviti apa yg sesuai untuk anak-anak kita? Bukan PSP, video-game atau Ipad ye mommy semua!

Aktiviti @ permainan untuk anak-anak berusia 6 bulan - 4 tahun.
Haaaa, ni jawapannya : Mestilah permainan dan aktiviti yang penuh dengan stimulasi dan faedah. Yang boleh meningkatkan kemahiran mereka. Contohnyaaaaa......dah tentulah seperti yg terdapat di Playgroup @ Genius Baby On Board (untuk anak-anak yg berusia 6 bulan - 4 tahun). Untuk anak-anak yang berusia lebih dari 4 tahun pula, mommy boleh la belikan layang-layang ke, congkak ke, kasut roda ke atau bawa mereka mandi-manda. Beriadah bersama mereka, bermain bersama-sama. Jika tidak apat buat hari-hari, memadailah dengan seminggu sekali. Menang ada dari tiada. Mula-mula memang akan rasa susah & kekok. Tapi, kan alah bisa tegal biasa.

Contoh permainan anak 4 tahun ke atas - main getah.
Yang ni pulak main "nenek kebayan", siap ada nyanyian lagi.
2. Tenaga kita pengaruhi orang lain, oleh itu kita kena ubah minda kita ke arah positif.

Macam mana nak ubah minda? Ok, ni sebagai contoh :


Jika kita merasakan bahawa yuran yang perlu dibayar untuk sesuatu kelas sebagai beban, ubah minda kita dengan berkata "Jika sekarang aku keluarkan duit ini untuk kegembiraan anak aku..........."

a. mana tahu ia akan digantikan berlipat kali ganda dengan rezeki yg lain pula.
b. mana tahu bila dah besar nanti dia boleh menjaga aku dengan sebaik-baiknya.
c. mana tahu bila dah besar nanti dia boleh bawa aku menunaikan haji.

Semua kata-kata di atas hanyalah sebagai contoh sahaja. Tapi nampak kan, semuanya ayat positif. Sedangkan dalam Islam pun ada cakap, kata-kata itu merupakan 1 doa. Jika kita asyik rasa terbeban & kata tak cukup je untuk hantar anak kita ke mana-mana kelas playgroup @ tuisyen, maka itulah yg akan terjadi. Apa sangatlah jumlah RM200 yg kita belanjakan setiap bulan jika nak dibandingkan dengan keseronokan & impak yg akan anak-anak kita dapat.

3. Jangan mudah buang orang. Apa yang dibuat, lupakan dan beri peluang.

Bab ni Aida tak nak pandang serious, takkan la kita sanggup nak buang anak-anak kita yg buat salah kan.


Jadi, kesimpulannya.......marilah kita sama-sama berubah! Berubah ke arah yg lebih baik, insya'ALLAH. Ini kalilah! Heheeee... ;)

Sekadar renungan bersama, juga peringatan untuk diri Aida sendiri. :)

#gambar & kata-kata huraian hanyalah sebagai CONTOH semata-mata#

Wednesday, 29 January 2014

Mendorong anak mengikut gaya Nabi Muhammad SAW

Pada 26 Disember yang lepas, Aida telah mengikuti bengkel mendorong anak mengikut gaya Nabi Muhammad SAW. Banyak juga ilmu yg Aida dapat semalam. Dan makin banyak jugalah rasa bersalah ni dalam hati. Tak berapa betul sangat rupanya selama ni didik anak2 syurga Aida tu. Kena banyak tukar skrip lepas ni untuk mereka, termasuklah untuk suami Aida yg banyak membantu kerja2 rumah bila Aida pergi kerja. Maklumlah suami Aida berniaga pada sebelah malam sahaja, so pada sebelah siang tu dia free. Mesti lepas kena puji lagi semangat dia nak tolong Aida buat kerja2 rumah, huhuuu... ;)

Sedikit perkongsian sepanjang menyertai bengkel.


Antara teknik2 yg patut diamalkan :

# Teknik Memberi Ganjaran
# Teknik Memberi Solusi
# Teknik Mencipta Hukuman

TEKNIK MEMBERI GANJARAN


# Ganjaran Sosial

- ganjaran ini tidak memerlukan modal untuk melaksanakannya
- boleh dibuat bila2 masa dan bersifat spontan
- ganjaran sosial positif : doa, pujian, senyuman, pelukan, belaian, memek muka, tanda bagus, eye contact
- ganjaran sosial negatif : marah, pukul, hukum, kritik, sindir, bandingan, ugutan, nasihat
- nasihat akan menjadi ganjaran sosial positif hanya apabila diminta dan dengan keizinan
- nasihat tidak akan memberi kesan sekiranya diberikan kepada orang yg tidak memerlukan

# Ganjaran Material

- memerlukan modal dan lebih bersifat fizikal
- memberi kepuasan dalam masa yg pendek
- contoh : upah, gaji, hadiah

Prinsip dan teknik bagaimana Rasulullah SAW memberi ganjaran :

- diberi apabila kerja dibuat dengan betul
- kerja yg dibuat dgn teknik yg salah tidak diberi ganjaran
- apabila kerja itu dilakukan secara terbuka, maka ganjaran pun harus diberi dengan cara yg terbuka
(apabila anak2 melakukan kebaikan di depan semua orang, maka ibu bapa harus memberi ganjaran di depan semua orang pada masa itu juga)
- orang yg melakukan kerja dengan teknik yg salah tidak dikritik

Format Pujian Gaya Nabi SAW

- cari 1 kebaikan & puji
- mulakan dengan "saya kagum...", "mommy terharu...", "daddy bangga...", "Allah & Rasulullah SAW suka..."
- puji hasil kerja, usaha, teknik, BUKAN puji orangnya
- sertakan impak dalam ayat pujian
- contoh : "Mommy bangga kakak dapat siapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Ini menunjukkan kakak seorang yang amanah. Allah sayang orang yg amanah."

TEKNIK MEMBERI SOLUSI


- apabila melakukan kesalahan, fokus kepada penyelesaian

- tidak menyiasat kesalahan
- tidak menyampuk ketika anak bercakap / bercerita
- tidak menghukum orang yg melakukan kesalahan (yg Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia)
- tidak bertanya "kenapa", "mengapa" kerana mengandungi unsur menyiasat yg lebih kepada menvari kesalahan
- contoh 1 : situasi anak perempuan membuka seluar
"seorang anak yang baik tidak menunjukkan auratnya pada orang lain"
- contoh 2 : situasi anak menonton TV pada waktu naghrib
"apabila sudah masuk waktu maghrib, kita pwelu menunaikan solat secara berjemaah, kita tidak boleh menonton TV pada waktu ini"

# kaunseling cara Islam tidak mengajar kita untuk mencari kesalahan, sebaliknya mencari penyelesaian


TEKNIK MENCIPTA HUKUMAN


- apabila kesalahan yg dilakukan memang ada hukuman, boleh guna teknik mencipta hukuman

- ada 3 hukuman pilihan : 


  • hukuman paling berat
  • hukuman sederhana
  • hukuman ringan
BONUS : HOTS (High Order Thinking Skills)

- meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan buku cerita bergambar tanpa perkataan
- kekuatan menggunakan buku cerita bergambar 
  • kekuatan bahasa, iaitu merangsang perkembangan lisan kanak-kanak
  • kekuatan imaginasi iaitu melalui rekaan cerita
  • kekuatan skil pemahaman kanak-kanak
  • kekuatan skil membaca
  • kekuatan kreativiti
  • kekuatan visual dan visual literasi iaitu dapat mentafsir dan memberi makna kepada maklumat dalam imej
Kudapan & bahan yang dibekalkan.
"Nasib baik mommy Linda bagi mommy saya pinjam carrier ni". :)
 Suka Almikhail ada orang layan.
Selesai sudah bengkel ni. Kemas2 untuk balik.
~Kami~

Monday, 27 January 2014

Anak-anak bermain untuk belajar

Bermain untuk belajar. Inilah konsep yang kami terapkan di "Playgroup @ Genius Baby On Board". 

Bermain sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah cara mereka belajar. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Perbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak ketika mereka bermain seperti mereka belajar menyelesaikan masalah, belajar bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Bermain membantu kanak-kanak berkembang. Terdapat beberapa kemahiran yang anak-anak akan dapat ketika mereka bermain, tak kira secara solo mahupun berkumpulan. Tetapi bukanlah permainan yang berkaitan dengan media elektik & elektronik ye mommy semua.

Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus & kasar apabila kanak-kanak belajar untuk mencubit, mencapai, menggenggam, merangkak, berlari, memanjat, melompat dan lain-lain.

Konsep kognitif ~ Kanak-kanak belajar untuk menyelesaikan masalah melalui bermain. Mereka juga belajar tentang warna, nombor, saiz dan bentuk. Mereka mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kemahiran memori dan fokus mereka. Kanak-kanak akan mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi jika mereka bermain dalam persekitaran yang lebih merangsangkan.

Kemahiran bahasa ~ Kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa dengan baik apabila mereka bermain dalam berkumpulan dan berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran sosial ~ Dengan bermain juga, kanak-kanak belajar pelbagai kemahiran penting seperti bekerjasama, berunding, mengikut giliran dan peraturan. Kemahiran ini penting untuk mereka hidup dalam masyarakat apabila dewasa kelak.


Semua kemahiran di atas akan anak-anak anda dapat ketika menyertai playgroup di GBOB JB. Mereka akan cuba menyelesaikan masalah yang diberikan, mengikut peraturan, meningkatkan kemahiran memori dan pelbagai lagi kemahiran yang lain.


Antara kesan yang akan anak-anak dapat ketika mereka bermain :


1. Apabila anak-anak seronok mereka akan mencuba berkali-kali.

Pelajar GBOB JB diminta memasukkan tangkaian bunga di dalam bekas pencungkil lidi. Mereka melakukannya sambil membuat kiraan. Setelah selesai, mereka mengeluarkan bunga tadi dan memasukkannya kembali.
Pada kali ini pelajar sedang memegang ais. Mereka diminta untuk memindahkan ais dari magkuk merah jambu ke mangkuk biru. Walaupun ais tu sejuk, tetapi disebabkan seronok, mereka melakukannya berulang kali.
2. Melalui bermain, hubungan antara anak-anak dan ibu bapa akan bertambah baik, erat dan mesra.
Antara salah satu aktiviti di GBOB JB melibatkan ibu bapa dan anak-anak.
3. Bermain mengurangkan tekanan belajar. Anak-anak akan lebih berminat untuk mengambil bahagian serta meluahkan pendapat mereka.

Pelajar sedang bermain membuat 'sandwich' di mana sebenarnya Aida sedang mengajar mereka menggunakan kemahiran fizikal yang membangunkan kemahiran motor halus apabila jari-jari kecil mereka memegang sudu untuk menyapu jem di atas roti.
Aida sedang mengajar mereka menyanyi. Tapi ianya bukan nyanyian kosong/tak berfaedah kerana nyanyian berkenaan adalah bunyian huruf (phonics).
Ini pula ialah anak-anak syurga Aida. Mereka sedang bermain dengan pokok semalu atau nama saintifiknya "mimosa pudica" Habis semua pokok semalu yg dijumpai, mereka sentuh. "Magic!" Bak kata Aleesya. Permainan yang tidak mengeluarkan sebarang belanja bukan.

Apa yang anak-anak Aida dapat hanya dengan bermain pokok semalu? Meh sini Aida terangkan sikit.



Kemahiran fizikal ~ Membangunkan kemahiran motor halus apabila Aireen & Aleesya mencuit daun pokok semalu. Membangunkan kemahiran motor kasar apabila mereka berjalan & berlari-lari anak ketika mereka dipanggil sejurus Aida terlihat pokok semalu tersebut.


Konsep kognitif ~ Anak-anak Aida belajar tentang warna, saiz, dan bentuk daun serta bahagian lain pokok semalu.

Kemahiran bahasa ~ Kami bertiga berbual tentang pokok semalu itu.

Kemahiran sosial ~ Aireen & Aleesya akan mengikut peraturan yang Aida bagi. Mereka mesti menunggu giliran untuk menyentuh daun pokok semalu. Mereka juga bekerjasama untuk mencari lebih banyak pokok semalu yang ada dikawasan rumah kami.


Semoga memori ini akan terpahat di ingatan mereka sampai bila-bila! :)


Jom kawan-kawan sayang, mulai hari ini, rajin-rajinkanlah diri kita sebagai ibu bapa bermain dengan anak-anak. Bagi kawan-kawan yang bekerja & tiada masa / tidak tahu bagaimana caranya untuk bermain bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, jom sertai Aida di GBOB JB. Anda akan measai sendiri keseronokannya, anak-anak anda apatahlagi. Ini lah masanya. Waktu kecil mereka tidak akan berulang kembali!

SMS @ Whatsapp Teacher Aida :


016-7330624 @ 010-6694699



Kelas akan diadakan pada hari Sabtu & Ahad. Masa akan diberitahu kemudian mengikut persetujuan ramai.



1. Level 2 (7-12 bulan) 
2. Level 3 (12-18 bulan)
3. Level 4 (18 bulan - 4 tahun)